7 Skandal Isa Samad yang harus di buka semula siasatan

MAC 2012:

Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta.

JUN 2013:

Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. (Sumber: borneotoday.net)

JULAI 2013:

Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. (sumber: thesundaily.my)

OKTOBER 2013:

Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu.

Tahun ini, dalam bulan yang sama selepas Isa Samad dan juga anak lelakinya yang juga pegawai di Felda dipanggil oleh SPRM, Menteri yang bertanggungjawab atas integriti dan ketelusan berkata SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam isu ini!

Case closed! (Sumber: theedgemarkets.com)

NOVEMBER 2015:

Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan RM47.6 Juta lesap dalam satu projek yang dinamakan Felda Carviartive Blue Dream Park yang mengusahakan projek ternakan berkeknologi tinggi ikan sturgeon.

Felda Carviartive Sdn Bhd (FCSB) didakwa menandatangani kontrak bernilai RM146.25 juta dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan Lembaga Pengarah Felda.

Dan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini disenarikan banyak lagi pelan bisnes yang dilaporkan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya menemui jalan GAGAL!

Ketua Audit Negara menasihatkan FELDA supaya lebih berhati-hati dan membuat penilaian, kajian kemungkinan dan daya maju (business analysis) sebelum membuat keputusan perniagaan!

(Sumber: astroawani.com)

JUN 2017:

Kes bayaran tertunggak dari syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (salah sebuah anak syarikat FGV), menyaksikan penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya dan tidak lama selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan pengerusi FGV dan berhijrah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

DISEMBER 2017:

KUALA LUMPUR: “Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA),” kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengerusi FELDA, 6 Januari lalu.

Beliau yang mengakui agensi itu ‘kehilangan’ tiga bidang tanahnya bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak di sini, mahu mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan kembali hak FELDA yang sudah bertukar tangan kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Katanya, keseluruhan kawasan milik FELDA itu bernilai lebih RM270 juta, namun hanya sebahagian kecil tanah dikenali SPA3 masih di bawah nama FELDA, manakala tiga SPA lain iaitu SPA1, SPA2 dan SPA4 bernilai keseluruhan lebih RM250 juta sudah bertukar tangan.

“Kita bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju KLVC dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai agensi yang meluluskan pindah milik tanah itu.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak uruskan perkara ini, apa yang kita mampu buat adalah cuba meletakkan Kaveat Persendirian, Februari lalu apabila dapat tahu hal ini berlaku untuk menghalang semua transaksi,” katanya dalam pertemuan eksklusif BH.

Beliau mengesahkan tanah FELDA bertukar tangan apabila BH menunjukkan Catatan Carian Persendirian Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bertarikh 1 November 2017.

Catatan itu menunjukkan nama pemilik bagi lot 390 atau dikenali SPA1 adalah milik sebuah syarikat yang ada kaitan dengan pemaju KLVC dan bukan lagi FELDA.

Shahrir juga pelik apabila usaha pihaknya meletakkan Kaveat Persendirian pada 28 Februari lalu ke atas tanah itu dihalang atas alasan FELDA tidak berhak, kerana pemaju memiliki semua dokumen sah untuk pendaftaran.

“Lembaga Pengarah FELDA terpaksa meminta bantuan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bantu meletakkan Kaveat Persendirian dan berjaya pada 14 April lalu,” katanya.

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*