Adakah Jemaah Haji Yang Ditaja 1MDB Tidak Boleh Dan Tidak Mabrur. Ini Jawapan Mufti Kelantan Dan Bekas Mufti KL Terhadap Kenyataan Tun M

KUALA LUMPUR: Jemaah haji yang menunaikan ibadah haji melalui tajaan di bawah Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak perlu risau dengan status ibadah mereka.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, jemaah haji perlu yakin setiap ibadah yang dilakukan itu diterima Allah, bukannya ditentukan mana-mana individu.

“Mereka (jemaah haji) perlu letak harapan dan berdoa yang amalan seperti menunaikan solat, puasa, zakat dan haji ini diterima dan selepas itu mereka harus yakin Allah menerima permintaan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa ibadah haji dilakukan jemaah menerusi tajaan yayasan itu tidak akan mendapat haji mabrur.

Mohamed Shukri berkata, program tajaan yayasan itu harus diteruskan bagi membantu golongan tidak berkemampuan menunaikan rukun Islam ke-5 itu.

“Bukan semua berpeluang menjadi tetamu Allah dan usaha murni yang dilakukan ini boleh diteruskan…ia tidak menjadi masalah untuk penerima sumbangan itu pergi (tunai haji),” kata Mohamed Shukri.

Bagi Imam Masjid Negara, Khisamudin Ismail pula, kenyataan Dr Mahathir itu hanyalah berunsur politik semata-mata dan tidak seharusnya dibimbangi jemaah haji terlibat.

“Bagi pandangan saya, kenyataan itu lebih berunsurkan politik dan jemaah haji yang ditaja itu menerima hadiah dan ia tidak mendatangkan masalah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Pekan, Abdul Kadir Bakar kecewa dengan kenyataan bekas perdana menteri itu.

“Saya dukacita mendengar kenyataan itu. Bagi saya, beliau tidak berhak menentukan haji seseorang yang ditaja di bawah yayasan itu mabrur atau tidak.

“Kenyataan itu juga hanya politik semata-mata, tetapi membuatkan sesetengah jemaah haji yang terlibat marah, ini kerana kami bersyukur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulakan program sebegitu,” katanya.

Abdul Kadir berkata, beliau sendiri berpeluang menunaikan haji pada tahun pertama program itu dilancarkan, iaitu pada 2011.

SUMBER : MKINI

 

Jemaah Haji tajaan 1MDB guna wang HARAM buat ibadah?

HAJI TAJAAN 1MDB- BEKAS MUFTI WILAYAH KOMEN KENYATAAN TUN M

Susulan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai mereka yang mengerjakan ibadah haji hasil tajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Wan Zahidi Wan Teh menyifatkan kenyataan seumpama itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan berat malah tidak sepatutnya dipolitikkan.

sumber: LubukViral.com Via Youarelejen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*