Akhirnya Dr mahahthir pecah rahsia, rupanya SPR sabotaj pada pru14

Akhirnya Dr Mahahthir Pecah Rahsia, Rupanya SPR Sabotaj PPBM Pada PRU14. Netizen: “Semua dah tahu Tun . Misalnya mereka sengaja buat kerja lambat. Ratusan rakyat yg masih beratur menunggu giliran tapi mereka suruh balik saja kerana masa dah tamat jam 5 petang. Padahal org semua beratur menuggu sikit punya lama sebelum pukul 5 lagi. Ini kan satu penipu besar. Tak pa Tun rapatkan syaf. Semua mesti buat kerja dgn cekap dan amanah. Takkan ada satu kerusi pun utk bn pru 15 nanti. Itu saya yakin !” Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Penipuan adalah pernyataan atau perlakuan yang digunakan secara sengaja untuk tujuan penipuan. Kebanyakan orang, pada satu masa atau yang lain, pernah berbohong. Beritahu kebenaran sekarang: itu termasuk anda dan saya. Sebenarnya, sesetengah orang, sedih berkata, berbohong hampir sepanjang masa. Pakar psikologi memanggil orang-orang pembohong yang berdarah atau psikopat. Mereka berbohong walaupun mereka tidak perlu. Malah anak bongsu akan berbohong, terutama jika mereka berfikir dengan melakukannya, mereka tidak akan dihukum kerana sesuatu. Apabila kanak-kanak mula belajar bagaimana cara berbohong, mereka tidak mempunyai kefahaman moral bila tidak mahu melakukannya. Berbohong boleh menyebabkan akibat yang merosakkan dan berbahaya kepada kedua pendusta dan yang dibohongi.

Apa-apa pun, info di atas adalah sekadar kongsi maklumat dan pandangan admin semata-mata. Sekarang mari kita tonton video di bawah. Akhirnya Dr Mahahthir Pecah Rahsia, Rupanya SPR Sabotaj PPBM Pada PRU14. Saksikan

sumber

Sabotaj Tian Chua, SPR diseret ke mahkamah

Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan yang Pakatan Harapan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembatalan pencalonan Tian Chua oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, sabotaj oleh SPR itu jelas tidak selari dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2018 yang membenarkan beliau terus menjadi anggota Parlimen.

“Saya mempersoalkan asas keputusan yang dibuat oleh pegawai pengurus P115 Batu yang tidak mensejajari keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2018.

“KEADILAN sedang mengkaji dengan seberapa segera tindakan undang-undang yang akan diambil supaya proses demokrasi kekal subur dan terjaga,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Tian Chua dalam kenyataannya menyifatkan sabotaj itu sebagai satu pencabulan terhadap hak demokrasi pengundi Batu.

“Keputusan pegawai SPR adalah salah di sisi undang-undang dan sengaja menafikan hak pengundi di Parlimen Batu untuk membuat pilihan.

“Ini telah melanggar prinsip demokrasi dan pilihan raya yang adil,” katanya.

Beliau kini bertekad untuk terus membantu Pakatan Harapan dalam kempen pilihan raya ini.

“Semasa kita menunggu tindakan undang-undang, kita mesti bersemangat dan tidakk dikalahkan oleh taktik yang kotor ini.

“Saya menyeru rakan-rakan seperjuangan membantu gerak kerja di kawasan Pakatan Harapan bertanding dan akanmaklum tinndakan yang akan diambil mengikut perkembangan mahkamah,” katanya.

Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi sentimen sama dengan Tian Chua di atas insiden tersebut.

“Sudah terang lagi bersuluh yang ini adalah satu sabotaj dan taktik kotor. Namun, kita tidak akan mengalah,” kata Azmin menerusi akaun Twitter beliau.

sumber : keadilan daily

SPR cuba sabotaj penggunaan logo KEADILAN

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) cuba mensabotaj usaha gabungan itu untuk menggunakan satu logo.

Menurutnya, suruhanjaya itu menolak untuk bertemu wakil Harapan bagi membincangkan perkara tersebut.

Surat balas SPR kepada Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution memberikan alasan kesibukan menguruskan pilihan raya untuk mengelak daripada bertemu.

“Kita perlu jumpa SPR dan bagi tahu SPR kami akan gunakan simbol KEADILAN pada PRU14. Tapi tak ada reaksi SPR sebaliknya surat yang ditulis oleh Saifuddin Nasution dari KEADILAN, nak dapat penjelasan berkaitan itu jawabnya tak ada masa langsung.

“Kita bagi tarikh 10 April mereka tak boleh jumpa, kononnya sibuk. Inilah cara kerajaan. SPR sepatutnya ditubuh bantu PRU lakukan cara baik, tertib dan aman.

“Tapi SPR tak suka PRU diadakan dengan cara yang baik dan untuk dapatkan penjelasan mereka tak rela berjumpa. Inilah masalah yang dihadapi,” katanya pada sidang media Majlis Presiden Harapan, hari ini.

Sebelum ini, Saifudin menghubungi SPR, Azizan Md Arshad bagi memohon untuk bertemu dan meminta penjelasan berkaitan logo dan kaedah undi pos.

Surat balas itu antara lain memaklumkan SPR tidak dapat berjumpa kerana tarikh yang tidak bersesuaian.

Selain itu, SPR juga menasihatkan HARAPAN supaya menunggu makluman balas daripada suruhanjaya itu.

sumber : keadilandaily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*