Akhirnya Siti Kasim Bakal Kepenjara Atas Dakwaan Ini

Peguam Siti Kasim dijangka akan didakwa di mahkamah minggu depan kerana menunjukkan isyarat lucah kepada hadirin sebuah forum pada 2016.

Dalam satu kenyataan, beliau juga mendakwa tuduhan terhadapnya dibuat oleh seorang pegawai polis kanan yang menurutnya cuba memasukkannya ke dalam penjara.

Menurutnya lagi, seorang inspektor polis menghubunginya semalam dan memberitahu ada arahan untuk mendakwanya mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan susulan insiden itu yang berlaku di Shah Alam.

Beliau merujuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat, dan serbuan polis ke rumahnya di Kajang, pada Jun tahun lalu.

Ketika serbuan itu, beliau ditahan atas kesalahan menghalang penjawat awam melakukan tugas selepas polis mengambil seorang perempuan yang berlindung di rumahnya.

Pada insiden 5 September 2016, Siti didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang hadirin ketika forum tentang RUU 355 di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Ia didakwa berlaku selepas beliau ke forum itu dan mula mengkritik RUU tersebut, yang mengundang sindiran daripada hadirin.

Sementara itu, Fadzil ketika dihubungi berkata polis menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa Siti Kasim sejak April tahun lalu.

Katanya lagi, polis bagaimanapun meanngguhkan perkara itu kerana sibuk dengan persediaan PRU ke-14.

Fadzil berkata kes itu ditangguhkan sekali lagi kerana polis menerima satu lagi kes melibatkan Siti berhubung insiden serbuan di Kajang.

Berhubung dakwaan Siti bahawa beliau cuba memenjarakan peguam itu, Fadzil berkata selaku pengamal undang-undang Siti patut lebih tahu berhubung proses perundangan.

Sumber: Malaysiakini Via onlinenews

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*