Akibat Dari Tatu Murah Kening Menjadi Bentuk Pelik. Lihat apa yang jadi seterusnya.

Seorang wanita berusia 26 tahun menjadi berita utama di Thailand selepas menyiarkan gambar tatu keningnya yang berbentuk pelik di media sosial.

Tatu keningnya dengan menggunakan dakwat yang kekal itu dilakukan oleh seorang artis tatu yang tidak berpengalaman dan kos yang murah, tetapi wanita itu bernasib baik kerana seorang pakar dan terapi kecantikan menghulurkan bantuan secara percuma untuk memperbetulkan kembali keningnya itu.

Kening menjadi bentuk pelik selepas dibuat tatu murah. Lihat apa yang jadi seterusnya.

Wanita itu, yang dikenali sebagai Kanyarat Dew Chaichan di Facebook, menyesal setelah tatu keningnya menjadi bentuk yang pelik dan besar dua kali ganda daripada kening asalnya. Dia tidak mempunyai cukup wang untuk memperbetulkan kembali keningnya itu kerana kosnya agak tinggi.

Kening menjadi bentuk pelik selepas dibuat tatu murah. Lihat apa yang jadi seterusnya.

Oleh kerana tiada pilihan lain, dia mengadu masalahnya itu di media sosial. Dia memuat naik gambar hasil daripada kerja tatu yang membuatkan keningnya menjadi semakin buruk.

Dia mengatakan bahawa tatu tersebut dilakukan menggunakan dakwat kekal dan mungkin dia akan hidup dengan bentuk kening yang pelik itu untuk sepanjang hayatnya.

Kanyarat bernasib baik kerana gambarnya menjadi tular dan beberapa agensi berita tempatan menyiarkan tentang kisahnya itu.

Oleh sebab itu, kisahnya telah menarik perhatian seorang pakar dan terapi kecantikan, Vilailak Nan Sundantom yang menawarkan bantuan untuk memperbetulkan kembali keningnya itu secara percuma.

Dalam video yang disiarkan di Facebook milik Vilailak Nan Sundantom, Kanyarat dilihat menjalani rawatan laser secara beransur-ansur untuk mengeluarkan dakwat kekal dari wajahnya. Ia merupakan proses yang agak panjang.

Sundantom berkata bahawa dia biasanya mengenakan bayaran antara 30,000 baht (RM 3,850) sehingga 50,000 baht (RM 6,410) untuk perkhidmatan ini atau prosedur pembetulan, tetapi dalam kes ini, dia gembira untuk memberi bantuan secara percuma.

Kanyarat.

Dia juga memberi amaran kepada orang ramai untuk selidik dahulu sebelum melakukan tatu kening oleh artis tatu rawak, atau akan mendapat nasib yang sama seperti Kanyarat.

Sumber: Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*