AKIBAT Gagal Ujian Memandu Buat Kali Ke-Empat, Pelajar Mengacukan Pisau Kepada Angota JPJ. Ini Respon Netizen

AKIBAT tertekan gagal ujian memandu buat kali keempat, penuntut kolej bertindak menghunuskan pisau terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di persimpangan lampu isyarat di Batang Benar, Mantin, di Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, dalam kejadian 10.23 pagi itu, suspek lelaki berusia 18 tahun berkenaan menjalani ujian memandu bersama anggota JPJ berusia 34 tahun terbabit.

Katanya, penuntut itu yang menjalani ujian ulangan buat kali keempat melakukan beberapa kesalahan termasuk tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Berikutan itu anggota terbabit memberitahu calon dia gagal lalu meminta memberhentikan kereta 50 meter dari persimpangan lampu isyarat.

“Ketika mahu menukar pemandu, suspek mengambil beg yang dibawa lalu mengeluarkan pisau pemotong sayur berukuran 30 sentimeter,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Mohd Nor Marzukee berkata, suspek menghunuskan pisau pada rusuk kanan anggota JPJ berkenaan dan dengan tegas memaklumkan mahu lulus ujian memandu.

“Anggota terbabit bagaimanapun dapat membuka pintu kereta lalu keluar dari kenderaan berkenaan sebelum menghubungi penyelia calon dan polis bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan membawa suspek ke Balai Polis Mantin, di sini.

“Ujian air kencing turut dilakukan ke atas suspek yang berasal dari Kuala Lumpur namun mendapati dia negatif dadah. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh,” katanya.

Sumber: Harian Metro

“Belum dapat lesen dah tunjuk gangster jalanan kat JPJ”

Rata-rata netizen yang mengikuti kes ini menganggap kejadian itu pelik dan tidak faham mengapa calon tersebut harus memarahi anggota JPJ sedangkan ia tanggungjawab calon untuk berusaha lulus ujian.


Sumber: Facebook
Haish dengan acu pisau ni korang ingat boleh lulus ujian memandu ke? Kan dah tak memasal masuk jel pulak. Lesen ke mana, kereta ke mana.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*