UPDATE : “Mana tak marah!”, YB Norhizam sendiri dedahkan apa sebenarnya yang berlaku

Video ini dimuatnaik dalam halaman facebook Kelab Najib Razak mendapat kecaman dari pelbagai pihak.

Di dalam video tersebut, pada mulanya datang seorang pemuda yang menyatakan tanah itu miliknya apabila ditanya. Slepas YB Norhizam memperkenalkan diri beliau, terus beliau mengaku itu tanah kerajaan. Walaubagaimanapun, beliau cuba untuk mempertahankan binaan di atas tanah tersebut kerana binaan itu adalah stor milik ayahnya.

Pihak polis juga terpaksa terlibat untuk meredakan keadaan apabila pemuda itu berkeras ingin mempertahankan binaan tersebut.

“Kira baik la saya tak dakwa awak ceroboh tanah kerajaan”

Sehubungan dengan itu, tindakan YB berkenaan mendapat kecaman dari pelbagai pihak.

YB Norhizam menang pada pilihanraya 14 yang lepas
DAP Melaka mengumumkan sembilan calon termasuk Melayu yang akan bertanding bagi satu kerusi Parlimen dan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha DAP negeri, Khoo Poay Tiong yang juga penyandang DUN Ayer Keroh mengetuai senarai tersebut bagi calon Parlimen Kota Melaka.

Pengerusi DAP Melaka,Tey Kok Kiew kekal bertanding di DUN Banda Hilir yang dimenangi oleh beliau pada PRU ke-13.

Calon tunggal Melayu, Norhizam Hassan Baktee yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP negeri diumum bertanding di DUN Pengkalan Batu yang disandang Lim Jack Wong yang kini bebas.

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pengerusi DAP kebangsaan, Tan Kok Wai semasa berucap pada majlis makan malam dan ceramah DAP Melaka di sini sebentar tadi.

Enam lagi calon ialah Damian Yeo Shen Li bagi DUN Duyong, Low Chee Leong (Kota Laksamana), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Dr. Wong Fort Pin (Bemban), Seah Shoo Chin (Kesidang) dan G. Saminathan (Gadek).

Keenam-enam mereka dan Norhizam merupakan calon muka baharu dengan Chee Yee sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha politik Penasihat DAP, Lim Kiat Siang merupakan calon muda berusia 25 tahun.

kerusi DUN Pengkalan Batu dimenangi beliau dengan majoriti 2672 undi.

Rupa-rupanya sorok baja subsidi kerajaan hampir 300 guni bernilai RM20, 000

JASIN – Kira-kira 300 guni baja didakwa baja subsidi kerajaan yang dianggarkan bernilai RM20,000 ditemui tersorok dalam sebuah kontena di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, malam tadi.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee berkata, kontena didirikan di atas tanah kerajaan itu dipercayai telah diceroboh beberapa individu termasuk menjalankan kerja-kerja mengorek tanah bagi pembinaan kolam, selain menempatkan baja yang disalurkan Pertubuhan Peladang Kawasan.

“Pejabat Tanah dan Galian Jasin (PTG) mengesahkan sebelum ini bahawa ia merupakan tanah TOL namun status telah tamat dan dikembalikan kepada kerajaan negeri.

“Secara sahnya tanah berkenaan milik kerajaan negeri, namun bagaimana mereka boleh menceroboh dengan membuat kerja-kerja mengorek tanah dan menyimpan baja di kawasan ini, malah kita tidak mendapat sebarang permohonan daripada individu berkenaan,” katanya.

Norhizam yang telah membuat laporan polis turut menjelaskan tanah tersebut pernah digazetkan bagi penanaman padi beras wangi di zaman pemerintahan kerajaan terdahulu.

sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*