Allahuakhbar! Fenomena lain pula yang ‘menyerang’ Kepulauan Bali pagi tadi

Ini Yang Berlaku Di Bali Pagi Tadi. MasyaAllah

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian gemp4 bumi di Kepulauan Jawa dan Bali awal pagi tadi. Gempa Bumi yang berukuran 6 skala tersebut dilaporkan dikesan sekitar Laut Bali. Namun sehingga kini tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Tiga orang maut

Menerusi Laporan Berita Harian, Jurucakap agensi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata seramai tiga orang mangsa terkorban berikutan kejadian tersebut.

Semua kem4tian itu berlaku di Jawa Timur dan kesemua m4ngsa dikatakan sedang tidur apabila bangunan yang mereka diami runtuh.

Bangunan rosak

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, beberapa bangunan rosak teruk berikutan kejadian gempa bumi yang berskala 6 Ritcher.

Kejadian tersebut turut menggegarkan beberapa bangunan di pulau peranginan berkenaan, menyebabkan penduduk tempatan bertindak meninggalkan kediaman masing-masing di Denpasar.

Pusat gempa itu terletak 40 kilometer di timur Sumberanyar di Pulau Jawa.

Saksi kejadian gemp4

Menerusi laporan Herald Sun, beberapa saksi juga turut menceritakan kejadian tersebut. Seperti Davey, beliau berlindung di tempat letak kereta hotel Bali berkata gempa tersebut mengejutkan beliau.

Wow, gempa tersebut benar-benar kuat dan ia berlaku dengan lama

Ibu kepada dua orang anak, Ni Komang Sudiani berkata, gempa tersebut membuatkan beliau terjaga dari tidur.

Gempa itu sangat kuat. Saya segera bangun dan mengambil anak-anak saya keluar dari rumah.

Semua jiran saya juga berlari.

Rakaman CCTV

Video yang berdurasi 3 minit 30 saat itu menunjuk detik cemas ketika gegaran gempa bumi berlaku di Situbondo dan Bali.

Sumber: Astro AwaniBerita HarianAbang RacingHerald Sun via Ohbulan kredit video Mohd Ruslan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*