Respon dari Dr Amalina ini membuatkan Safiey Illias tertunduk malu…

Sebelum ini telah banyak Doktor Amalina bongkarkan ketidak benaran produk-produk kecantikan yang ada di Malaysia. Kerana kelantangan Dr Amalina Ini juga ramai pengusaha kecantikan yang tidak berpuas hati dengannya.

Kini, sudah ramai pakar perubatan yang bertauliah bersuara bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai implikasi pengambilan suplemen tersebut. Tambah parah apabila golongan selebriti juga turut menjadi duta dalam mempromosikan produk kesihatan ini. Dr Amalina juga turut meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa selebriti yang berkongsi mempromosikan produk tanpa usul periksa seperti Datul Seri Siti Nurhaliza dan Elfira Loy.

Siti Nurhaliza juga mendapat komen telus dari Dr Amalina

Dia berasa amat kecewa dengan tindakan Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana mempromosikan air minuman jenama i-mizu yang dikatakan dapat menjadi panawar kepada 150 jenis penyakit. Katanya, dia begitu meminati Datuk Seri Siti dan tidak menyangka sama sekali bahawa penyanyi ini juga terlibat dalam kes begini.

Kali ini, giliran Safiey Illias pula menyerang Dr Amalina tapi dapat dipatahkan dengan respon yang agak mencuit hati.

Komen Safiey Illias tentang Dr Amalina dan Respon dari Dr Amalina

Latar Belakang Pencapaian Dr Amalina

Antara pencapaian terbaiknya di sana adalah:

  • MPhil/PhD, Translational Medicine and Therapeutics (University of Cambridge) 2017
  • Master of Philosophy (MPhil), Medical Clinical Sciences/Graduate Medical Studies (University of Cambridge) 2015
  • Harvard Sub-Internship Programme, Medical Elective, Maternal Fetal Medicine, Gynecology Oncology and Surgical Oncology (Harvard Medical School) 2013
  • BMedSc Pharmacology (Hons) with Industrial Experience (The University of Edinburgh) 2010
  • BMedSc Pharmacology (Hons), ERASMUS Exchange (Universiteit Leiden / Leiden University) 2010

Komen Netizen yang menyerang Safiey Illias

Doktor Amalina juga mengalu-alukan mereka yang tidak berpuas hati berdebat sekiranya tidak berpuas hati dengan ulasan yang diberikan.

Sememangnya pengambilan produk ‘sains palsu’ yang tidak terjamin keberkesanannya secara klinikal amatlah berbahaya, ikhtiar dengan akal bukan dengan membabi buta. Kerana tindakan anda yang obses dengan kecantikan boleh mengakibatkan komplikasi masalah penyakit kronik yang sangat bahaya antaranya sakit buah pinggang, kanser dan macam-macam lagi. Dapatkan nasihat doktor yang bertauliah bukan dari penjual yang hanya mengejar keuntungan.

sumber : facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*