“Amboi suruh makan ubat awak takut, tapi kalau dengan adik awak la paling garang”

Menjadi ibu bapa memang seronok dan mencabar Perlu banyak kesabaran dalam mendidik anak-anak kecil supaya jadi manusia yang berguna suatu hari nanti.

Baru-baru ini viral satu video tentang seorang kanak-kanak perempuan yang susah sangat nak makan ubat. Menurut ibunya, ubat yang nak diberikan ini baru satu daripada 5 ubat keseluruhannya.

Menariknya lagi tentang kanak-kanak ini, pada awalnya dia dah yakin dah nak telan ubat tu. Tapi bila ibunya nak masukkan ubat ke mulutnya banyak betul pulak dia bercakap.

Comel tu memang comel, tapi kalau dia dah marah, garang betul! Situasi kali ini beliau memarahi adiknya hanya kerana merosakkan barang permainan. Video berdurasi 2 minit lebih ini boleh dikatakan mulutnya tidak berhenti berleter. Bukan main garang ye kau dik, suruh makan ubat bukan main takut.

“Minta maaf dekat ibu! adik rosakkan permainan yang ibu beli” marah kepada adik lelakinya

sepanjang rakaman video itu juga memperlihatkan adik lelakinya kelu tidak berkata-kata. Di akhir video adiknya hanya mampu menangis. Jadi betullah yang kita dengar sebelum ini, kalau perempuan dah berleter atau marah, kita sebagai lelaki diam sahaja atau terus meminta maaf, kalau tidak lebih panjanglah leterannya membuatkan kita yang lelaki ni pula naik marah. Dengan perempuan ni kalau bergaduh mulut memang lelaki takkan menang. hehe

Tapi bila dilihat gelagat mereka berdua memang sangat comel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*