“Amerika sedang dipermainkan!” Orang Kristian ini ramalkan pemenang perang akhir zaman nanti bukan China, Russia, atau Amerika tetapi Islam, Ini sebabnya

Siapa itu George Soros?

Soros berasal dari keluarga Yahudi di Budapest, Hungary dan dilahirkan pada 1930. Masa remaja dia pernah jadi penghantar surat kat Jewish Council dan bila Hungary kena inflasi yang teruk, dia mula terlibat dalam perniagaan mata wang.

Tapi bila Hungary mula dikuasai Komunis, Soros berhijrah ke England dan jadi pelayan restoran. Dia pun mula belajar kat London School of Economics. Dalam masa yang sama, dia turut buat kerja part time di sebuah syarikat keretapi.

Lepas lulus dari London School of Economics pada 1952, dia pergi pulak ke Amerika Syarikat dan mula belajar banyak benda pasal ekonomi dan kewangan. Pada 1959, dia jadi penganalisis kat syarikat Wertheim and Co (sebuah syarikat Rockefeller) sampai tahun 1963. Akhirnya pada 1973, dia tubuhkan Quantum Fund, sebuah syarikat perniagaan saham dan mata wang.

Lepas 5 tahun je, syarikat ni dah buat keuntungan sebanyak AS$ 11 billion hasil dari pelaburan kat Wall Street. Dia pun buat syarikat baru, Soros Fund Management dan mula aktif sebagai speculator mata wang.

Pernah memufliskan Bank Of England

Pada 16 September 1992, Soros buat satu kejutan besar pada ekonomi England. Dia jual matawang pound dalam jumlah yang sangat besar iaitu sebanyak AS$10 billion. Hari itu digelar sebagai ‘Black Wednesday’. Tindakan ini membuatkan England rugi berpuluh-puluh billion Pound dalam masa sehari. Mata wang Pound pun jatuh mendadak dan buatkan Bank of England tenat.

Hasil dari peristiwa tu, Soros telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak AS$1.1 bilion. Dia juga digelar sebagai ‘the man who broke the Bank of England’. England pulak terpaksa belanjakan 3.4 bilion pound untuk selamatkan matawang pound sterling dari jatuh.

Penyebab Krisis Kewangan Asia 1997 – 1998

Krisis ni bermula pada 1997, apabila berlakunya serangan terhadap baht Thailand oleh peniaga mata wang dengan cara meminjam matawang asing yang banyak dengan nilai faedah yang rendah dari matawang baht.

Peniaga matawang antarabangsa yang nak cari keuntungan mula sebarkan berita kononnya nilai baht terlalu tinggi dan ekonomi Thailand dah tak boleh diselamatkan. Mereka pun mula jual baht dengan jumlah yang besar sampai nilainya jatuh dari dolar Amerika.

Bagi Dr Mahathir, keadaan ekonomi Malaysia masa tu dalam keadaan baik, tapi ada istilah ‘jangkitan kewangan’ yang kata kalau negara jiran boleh kena, kita mungkin jugak akan kena. Memang perkara tu terjadi bila krisis di Thailand mula merebak ke negara-negara ASEAN, termasuk Jepun dan Korea Selatan.

Krisis Kewangan Asia juga jadi faktor pengunduran Suharto dari jawatan Presiden.
Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dah menjunam jatuh dari 1,200 mata kepada 600 mata. Nilai ringgit pon merosot sebanyak 50% daripada RM2.50 kepada RM4.10 sedolar.

Dr Mahathir yang marah dengan keadaan tu mula sebut nama Soros masa berucap kat mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong pada September 1997.

“Saya mengambil kesempatan membelasah peniaga mata wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia miskin di dunia. Saya menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat pembangunan mereka.” – Memoir Tun Dr Mahathir

Akhirnya, Dr Mahathir ambik keputusan untuk menambat nilai ringgit pada RM3.80 bagi setiap dollar Amerika Syarikat pada 1998. Malaysia gelarkan Soros sebagai ‘Penyangak mata wang’ dan Thailand gelarkannya sebagai ‘Penjahat perang ekonomi’.

Tapi Soros nafikan tuduhan Dr Mahathir tu. Pada 2006, Dr Mahathir bertemu dengan Soros dan terima yang Soros tak bertanggungjawab dalam krisis itu.

John Perkins dalam bukunya Confession of an Economic Hit Man (fail PDF), berkata yang Soros bertanggungjawab menjatuhkan ekonomi sesebuah negara demi nak bagi laluan kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

George Soros kawal Media ‘Mainstream’ Dunia

Soros dikatakan terlibat dalam Rose Revolution untuk menggulingkan Presiden Georgia, Eduard Shevardnadze. Dia dah gunakan kuasa kewangannya untuk membantu organisasi yang menentang kerajaan.

“Dia menyokong Menteri Kehakiman Georgia, Mikhail Saakashvili dan membelanjakan lebih kurang AS$4 juta untuk gerakan menentang presiden. Organisasinya, membawa pakar ‘revolusi tanpa kekerasan’ dari Serbia, memberikan AS$700,000 kepada aktivis penentang dan membiayai stesen TV dan akhbar anti-kerajaan.” – Herald Sun.

Dipanggil Revolusi Ros, sebab penunjuk perasaan serbu parlimen dengan pegang bunga ros masa revolusi ni. Imej dari Dipanggil Revolusi Ros, sebab penunjuk perasaan serbu parlimen dengan pegang bunga ros masa revolusi ni.

Soros jugak terlibat dalam gerakan anti-George Bush. Dia dah salurkan lebih kurang AS$3 juta kepada Center for American Progress dan AS$15.5 juta kepada pelbagai pihak yang anti-Bush.

“Bila saya dengar Bush kata ‘sama ada anda bersama kami atau menentang kami’, ia telah mengingatkan saya kepada orang-orang Jerman.

Pengalaman saya dibawah Nazi dan Soviet membuatkan saya sensitif.” – George Soros, The Guardian.

Selain tu, OSF dan Soros Foundation jugak dilaporkan dah bagi lebih daripada AS$7 billion kepada kumpulan dan pertubuhan berhaluan kiri. OSF yang menyokong gagasan ‘masyarakat terbuka’ jugak dah berikan dana kepada ahli-ahli politik dan pertubuhan-pertubuhan yang menyokong gagasan tersebut.

Menurut laporan Media Research Center, sejak 2003 Soros dah belanjakan lebih dari AS$52 juta untuk mengawal media. Dia jugak dikatakan ada hubungan dengan lebih daripada 30 cawangan berita arus perdana (mainstream) termasuk The New York Times, Washington Post, Associated Press dan CNN.

Tahun lepas, Rusia dah haramkan dua pertubuhan yang diasaskan oleh Soros: Open Society Foundation dan Open Society Institute Assistance Foundation kerana dianggap memberi ancaman pada keselamatan negara dan perlembagaan Rusia.

sumber : Soscili

Rancangan Tv Amerika ramalkan Islam akan menang perang akhir zaman

seperti sedia maklum dunia dikuasai oleh beberapa kuasa besar, George Soros, Amerika, China dan Russia. Tetapi semua lupa tentang kekuatan Islam

Posted by Kaki Jilat on Wednesday, September 26, 2018

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*