Anwar Ibrahim Bebas Hari ini – Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Hospital Rehabilitasi Cheras yang menempatkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian petugas media dan penyokong Pakatan Harapan.

Ia berikutan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Anwar telah mendapat Pengampunan Diraja hari ini dan akan dibebaskan segera.

Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di sini seawal jam 12 tengah hari.

Anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketika ditemui berkata, beberapa dokumentasi perlu diselesaikan.

“Insyaallah. Akan dibebaskan hari ini.

sebelum ini

sumber : Sinar Harian

“Kita Akan Usaha Dapatkan Pengampunan Diraja Bila Dibebaskan 8 Jun Nanti. Selepas Itu, Barulah Beliau Akan Jadi Perdana Menteri – Tun M.

PETALING JAYA: Istiadat angkat sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ketujuh dijangka dilaksanakan hari ini di Istana Negara.

Dr Mahathir berkata, pihak istana sudah menghubungi beliau setelah mendapat tahu Pakatan Harapan (PH) mencapai undi majoriti meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membuat pengumuman rasmi.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, pihaknya dimaklumkan oleh SPR boleh membentuk kerajaan sendiri setelah mencapai majoriti 112 kerusi dan ia sudah pun dicapai berdasarkan kiraan tidak rasmi sendiri.

“Bila sudah capai undi majoriti dan hari ini (saya) sudah angkat sumpah di istana, PKR akan melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media PH di sebuah hotel terkemuka, hari ini.

Siaran langsung Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia yang Ke -7 itu dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada jam 9.30 pagi.

Yang turut hadir, Wan Azizah; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Mengulas lanjut mengenai barisan Kabinet baharu Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir berkata, ia akan mempunyai barisan lelaki, wanita dan orang muda.

“Kita akan ada wanita, lelaki dan orang muda. Setakat ini, kita hanya sudah putuskan nama bagi jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri selepas ini (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Selepas ini, kita akan berusaha mendapatkan Pengampunan Diraja untuk Anwar bila dibebaskan pada 8 Jun. Selepas itu, barulah beliau akan jadi Perdana Menteri.

“Tapi mengikut proses undang-undang sebelum boleh jadi Perdana Menteri, dia (Anwar) kena bertanding pilihan raya dahulu, kena jadi ahli parlimen dulu,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau belum dihubungi Datuk Seri Najib Razak mengenai kekalahan Barisan Nasional (BN).

“Najib gone (hilang)…Kita tak akan membalas dendam, cuma akan memulihkan undang-undang negara ini,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*