Barang kemas palsu? pergi tanya dengan pihak penaja sendiri, ini pula jawapan Datuk vida

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Vida meminta penyanyi Aishah memulangkan semula seutas rantai berlian yang menjadi hadiah sebagai juara Gegar Vaganza.

Jutawan kosmetik itu berkata Aishah jelas tidak memahami berlian berkenaan “mempunyai nilai susut”, lapor Kosmo!.

“Tidak mengapa, pulangkan semula kepada saya,” kata pemilik nama asal Datuk Seri Hasmiza Othman.

Penyanyi Janji Manismu itu semalam memuat naik status mendakwa rantai berlian itu tidak ada nilai.

Vida dalam respons berkata “amat sedih” dengan tindakan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) itu yang memberi reputasi buruk terhadap dirinya.

“Gegar Vaganza diwujudkan atas ilham saya sendiri, namun apa yang berlaku ini membuatkan saya tawar hati,” katanya. – MalayMail

Barang Kemas Palsu, Tanah Lot banglo masih belum diterima

Menjuarai sebuah program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza 4, penyanyi Aishah yang popular menerusi lagu Janji Manismu ditawarkan pelbagai hadiah lumayan dan mewah apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut.

Namun, selepas setahun berlalu, apa yang diharapkan hanyalah indah khabar dari rupa. Aishah begitu kesal dengan pihak penganjur dan penaja yang menabur janji palsu.

Menurut Aishah, beliau masih belum lagi menerima lot tanah banglo dan mendedahkan barangan kemas tajaan Datuk Seri Vida yang kononnya bernilah RM80,000 sebenarnya tidak mempunyai nilai langsung atau dalam erti kata lain iainya tidak tulen.

Bukan tidak cuba berbincang secara baik dengan pihak penaja, tetapi tahap kesabaran Aishah sudah semakin menipis kerana pihak berkenaan tidak memberikan sebarang respon.

Kemenangan Aishah membolehkan beliau turut membawa pulang hadiah seperti wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 dan trofi.

Walaubagaimanapun, hadiah wang tunai, baucar beli-belah dan pakej percutian sudah diterima oleh Aishah.

Mungkin salah paham

Jurucakap Astro berkata, pihak penaja Bina Megah Empire ada meminta sedikit masa untuk menyelesaikan isu tersebut selain mungkin wujud salah faham di antara pihak tersebut dan pemenang.
“Kami difahamkan pihak penaja (Bina Megah Empire) telah meminta sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa perkara berbangkit berhubung hadiah penajaan yang berupa tanah lot banglo.

“Besar kemungkinan terdapat sedikit salah faham di antara pihak penaja dan pemenang dari segi tempoh masa untuk melunaskan bahagian mereka dalam perjanjian penajaan tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Pada Sabtu, Aishah, 53, mendedahkan masih belum menerima hadiah tersebut selain mendakwa barangan kemas tajaan usahawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 adalah palsu.

Barang kemas kena tanya pihak penaja sendiri

Bagaimanapun hadiah lain seperti wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan baucer beli-belah sudah diterimanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hadiah barangan kemas itu, Astro bagaimanapun meminta perkara itu diajukan sendiri kepada pihak penaja.

“Adalah lebih baik jika soalan itu ditujukan kepada pihak penaja dan kami enggan mengulas lanjut,” katanya lagi.

Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*