Bekas Calon PRU-13 Memandu Dalam Keadaan Mabuk Telah Melanggar 4 Orang Awam Sehingga Ma*t !

TAWAU 9 Julai – Wanita yang memandu dalam keadaan mabuk lalu merempuh empat lelaki sehingga maut awal pagi semalam adalah bekas calon salah sebuah parti tempatan di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perkara tersebut disahkan selepas polis menahan suspek berusia 34 tahun itu semalam atas kecuaiannya sehingga menyebabkan kemalangan tragik yang meragut empat nyawa di Pusat Komersial BDC di sini.

Sementara itu, suspek yang kelihatan sangat lemah telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pada pukul 9 pagi ini untuk mendapatkan perintah reman oleh pihak berkuasa.

Hakim Ferhansha Farene Mohd. Ferdaus telah membenarkan wanita tersebut ditahan selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini 4 m* ut dirempuh pemandu mabuk

EMPAT lelaki m* ut dan seorang lagi patah kaki kiri selepas dirempuh kereta Vios, ketika melepak di kawasan parkir Pusat Komersil BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun, Tawau, hari ini, menurut polis.

Dalam kejadian 1.15 pagi itu, kereta dipandu wanita berusia 34 tahun itu turut melanggar Toyota Hiace serta dua kereta iaitu Perodua Bezza dan Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian wanita terbabit yang memandu dalam keadaan mabuk dan gagal mengawal keretanya sehingga terbabas yang turut cedera dalam kejadian itu.

“Kemalangan ini dipercayai berlaku ketika kereta dipandu wanita itu dalam perjalanan dari Bandar Tawau hendak ke Jalan Tiku, namun apabila sampai di Jalan Chong Thien Vun iaitu selepas bulatan Kubota, Vios tersebut hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan seterusnya melanggar tiga kenderaan lain serta beberapa orang yang sedang melepak,” katanya dalam kenyataan di Tawau, hari ini.

Fadil berkata, empat mangsa maut dikenali sebagai Hiew Nyuk Wei, 30; Clawence Wong Vun Kit, 21; Dicson Lim Kien Shing, 16; dan Chong Wei Chan,21 manakala mangsa patah kaki ialah Chin Guan Xiong, 21.

Beliau berkata, semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat manakala dua yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*