“Beli baju dan kasut ‘beribu-ribu’ tak ada pulak dato’ mengeluh!” Aliff Syukri dikecam lagi selepas memuatnaik gambar yuran sekolah anaknya

Semua orang tahu Dato’ Seri Aliff Syukri merupakan jutawan kosmetik yang sering menjadi kontroversi di laman sosial. Sikapnya yang terbuka dan suka memuatnaik semua aktiviti di laman sosial membuatkan netizen salah faham dengan niat sebenarnya.

Terbaru, Aliff Syukri memuatnaik penyata simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya. Beliau bersyukur kerana berkat simpanan gaji, beliau dapat membayar deposit rumah baru di Pavillion. Walaupun postingnya berbentuk motivasi, masih ada yang mengecam?

Berkat simpanan duit gaji saya

Apabila ada kawan korang posting mengambarkan kejayaan dan motivasi. Berilah sokongan, doakan kejayaan beliau supaya kamu juga didoakan org ataupun malaikat bukan dok mengutuk.. Sebenarnya banyak lagi sisi kegagalan, luka, kesedihan dan kejatuhan yang membebani beliau… cuma ramai yg nampak sisi kejayaan sahaja..
Semuanya disimpan dan ditelan sendiri… yg sukar diungkapkan..
Berkat simpanan duit gaji sy.. alhamdulillah.. thanks KWSP .. boleh bayar deposit umah pen house saya di pavilion.

Dato’ Aliff Syukri muatnaik gambar bayar yuran sekolah anak RM34, 359.00 mendapat reaksi negatif dari netizen

Dato Aliff Syukri berkongsi jumlah yuran sekolah anaknya di intagram dan berharap anak-anak akan menghargai pengorbanan mereka. Bukan mudah untuk membesarkan anak pada zaman yang sangat mencabar ini. Cabaran kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pelajaran untuk anak-anak dan kos pendidikan sekarang sangat memeningkan kepala.

Jika anak-anak belajar di sekolah swasta, international school, kos pembelajarannya lebih mahal berbanding sekolah harian biasa. Ini antara jumlah yang Aliff Syukri perlu bayar untuk 4 bulan setahun.

Bukan senang nak besarkan anak zaman sekarang, kos semakin tinggi.. belum masuk class mengaji, baking, renang.. ekonomi kenapa lah sloww sangat.

Abah Kena Kuat Lagi Nak Bayar Yuran Anak Sekolah Untuk 4 Bulan Setahun Dan Ratus Ribu.. Abah Harap Anak2 Abah Hargailah Penat Abah Dan Mama Cari Duit.

Luahan Aliff Syukri di instagramnya mendapat reaksi netizen. Habiskan duit untuk pelajaran anak akan murah rezekinya nanti. Semoga mereka dapat pendidikan yang terbaik.

sumber: IG Aliff Syukri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*