“Berbangga memilih biru!” Pelakon Anne Ngasri Harapkan Kemenangan ‘Besar’ Buat Barisan Nasional

Sumber foto, instagram annengasri_official

Ketika sesetengah artis tampil menyatakan sokongan terhadap calon Pakatan Harapan, Anne Ngasri tetap menyokong BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei.

Pelakon yang dikenali ramai melalui drama bersiri Cili Padi itu memasang harapan tinggi buat parti pemerintah itu.

Dan kemenangan itu pula kata Anne biarlah yang “besar.”

“Berbangga memilih biru! Syukur alhamdulillah walaupun banyak dugaan dan rintangan, kami masih di sini.

“Apa jua kejadian pun hanya Allah SWT mengetahuinya. Sebaik-baik perancang adalah Allah jua.

“Semoga Allah memberi kemenangan besar pada BN kali ini. Amin, insya-Allah,” kata pemilik nama sebenar Nasriah Ngasri, 33, itu di Instagram.

Pada imej dimuat naik, isteri kepada ahli politik dari Pontian, Johor Datuk Mohd Sumali Reduan itu dilihat bersama-sama ahli Puteri Umno yang lain berjalan menuju ke suatu tempat sambil memakai t-shirt berwarna biru tua.

Anne berkata, dengan memilih BN, dia yakin kehidupannya termasuk rakyat di negara ini akan sejahtera baik sekarang mahupun di masa depan.

“Biru (biru tua) adalah kebenaran, realistik, terbukti, masa depan, pengurusan yang berjaya dan warna yang pasti membuatkan saya dan semua akan gembira sekarang dan buat selama-lamanya.

“Insya-Allah SWT akan permudahkan segalanya…amin,” katanya.

sumber : Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*