Berhati hati ketika membeli belah. Sekelip mata barang anda boleh ‘Lesap’

Allahu, tua-tua pun, bila peluang ada depan mata tetap tidak dilepaskan… Inilah yang dikatakan penj3nayah, mereka ada di mana2, jika kita alpa @ lalai, dalam sekelip mata sahaja barang berharga lesap…

Di dalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki tua yang berusaha untuk mencur1 beg duit seorang wanita. Disaat wanita itu lalai membeli bsayur-sayuran, tidak terlihat akan beg tangan beliau. Dalam sekelip mata sahaja, lelaki itu berjaya mengambil beg duit wanita itu yang berada di dalam beg tangan wanita itu. Terus dilemparkan ke dalam troli si pencur1.

Tetapi, video tersebut mendapat banyak keluhan dari orang ramai, kerana lelaki itu kelihatannya sudah jauh berumur tetapi memilih jalan seperti ini untuk hidup. Sangat memalukan.

Video:

Sumber: Nagawa Sun via Sepatu Putih, beautifulnara, mediaohsem.com

5 Tips Elak Kecurian Dan Kehilangan Duit Serta Barang Penting Semasa Travel

Kebelakangan ini saya membaca banyak kes yang melibatkan pickpocket dan kecurian semasa kembara. Tidak ada yang lebih menyusahkan kepada pengembara dari kehilangan barangan berharga semasa didalam perjalanan.

Selama pengalaman saya berkembara semenjak tahun 1976, terlalu banyak kes pickpocket keatas backpackers yang saya temui walhal risikonya boleh dikurangkan.

Baru-baru ini di Barcelona, rakan saya terkena pickpocket dan paspotnya dicilok, walhal dia seorang ‘seasoned traveller‘.

Didalam 40 tahun pengalaman saya berkembara, ada beberapa tips yang saya amalkan untuk mengelak diri dari terkena pickpocket.

1. Simpan paspot, kad kredit dan US Dollars (bil besar) didalam money belt dan ikat dibadan.

Kalau tidak mahu memakai money belt, pakai t shirt yang mempunyai kocek berzip didada (yg selalu dipakai oleh jemaah Haji).

2. Guna decoy wallet, dengan diisi kad kredit yang sudah expired dan sedikit wang.

Serah decoy wallet jika diancam oleh pencuri. Di Eiffel tower dan Istanbul ada ramai gang pickpocket beroperasi secara kumpulan.

3. Email dokumen penting

kepada diri sendiri atau simpan di google drive/dropbox saperti salinan paspot, kad pengenalan, tiket, hotel booking, lesen memandu, sijil kawin(?) dan kad kredit.

4. Asingkan duit dan kad kredit di beberapa tempat

Simpan di backpack, di daypack, di money belt, di tali pinggang zipper dan di wallet. Berjaga jaga ketika menaiki tube, tram dan underground train dimana kesesakan penumpang adalah menjadi tumpuan pickpocket.

Ingat didalam minda nombor 1800 toll free syarikat kad kredit anda di Malaysia jika anda kehilangan kad kredit, untuk lapuran dan penggantian kad baru. Mastercard dan Visa mempunyai banyak agent diseluruh dunia dan penggantian kad baru boleh dibuat dengan serta merta jika disahkan oleh syarikat pemegang kad di Malaysia.

5. Sentiasa ber-awas dengan orang tempatan yang terlalu baik atau ‘overly friendly’.

Semasa saya di Sri Lanka, terlalu ramai pemandu tuk-tuk yang memberi salam dan mengaku muslim, membuat pelawaan ke tempat tempat shopping murahan dengan percuma. Saya tolak pelawaan mereka dengan baik. Banyak kes mereka dirompak apabila dibawa ke tempat lain.

Sumber: thevocket.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*