“Berusia 3 Tahun Pernah Dicilikan Kemaluan Dan Dubur Oleh Armin” – Ziana Zain

Ziana Zain Dedah Suami Pernah Cili Kemaluan AnakSelepas

hampir dua bulan kes suami pelakon dan penyanyi Ziana Zain iaitu Armin Zaharin didakwa mencederakan anak, Ziana akhirnya membuka mulut menceritakan kisah sebenar yang terjadi dalam rumahtanggnya.

Dalam sebuah sidang media khas, Ziana memberitahu dia tidak dapat menahan sabar dengan sikap suaminya yang kononnya ingin ‘mengajar’ anak sehingga mendatangkan kecederaaan pada anak-anaknya.

Ziana menjelaskan anak-anaknya pernah teruk dipukul oleh Armin sehingga menyebabkan muka anaknya lebam dan lebih parah tangan anaknya itu ‘pecah’ kerana dirotan.

Dengan penuh hiba Ziana memberitahu, anak kembarnya Muhammad Ariel yang ketika itu berusia 3 tahun pernah dicilikan kemaluan dan duburnya oleh Armin.

Bukan itu saja, Ziana mendedahkan suaminya juga pernah mengambil dadah dan kes anak-anaknya dicederakan adalah faktor utama mengapa dia ingin memfailkan perceraian.

Ziana turut mengaku dia sudah tidak tahan dengan sikap Armin yang panas baran dan cukup mengenali siapa Armin sebenarnya selepas tinggal bersama selama 20 tahun.

SUMBER: HANGAT.COM

Ziana Zain Nekad Fail Penceraian, Armin Tidak Setuju

Rumah tangga penyanyi popular Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin didakwa berada di hujung tanduk apabila penyanyi Madah Berhelah itu sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April lalu.

Namun, menurut sumber suaminya tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan minta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai.

Dalam perkembangan terbaru, Armin Zaharin bertindak melarikan diri daripada pihak media selepas selesai prosiding kes pukul anaknya di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Peguamnya yang baharu dilantik Mohamad Rizal meminta anak guamnnya itu diberi sedikit ruang.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada Februari lalu. (rtky/m)

SUMBER: MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*