“Binatang, baik kau tak payah jadi manusia!” Budak OKU ditampar bertubi-tubi AJK masjid hanya kerana perkara ini

Baru-baru ini tular video seorang ahli kariah Masjid di Kepong telah menampar berkali-kali seorang remaja OKU. Beliau dikatakan naik berang secara tiba-tiba selepas mengesyaki mangsa yang ditampar itu mencuri duit kutipan masjid.

Mangsa yang selalu berada di masjid juga bertugas mengambil kutipan derma pada hari tersebut. Lelaki yang menampar itu memanggil mangsa untuk menyoal siasat, beliau juga dikatakan melemparkan pelbagai perkataan kesat kepada mangsa sebelum bertindak dengan menaik tangan kepada muka kanak-kanak tersebut.

Selepas kejadian, mangsa pulang ke rumah dengan menunggang basikalnya dalam keadaan menangis dan cuba untuk menghilangkan kesakitan dengan menuam mukanya dengan ais. Polis masih lagi melakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti isu sebenar.

Rakaman video ini dimuatnaik oleh seorang pemuda yang menyatakan beliau adalah sepupu kepada mangsa yang malang tersebut.

Remaja yang ditampar itu baru sahaja berusia 17 tahun dan juga dikatakan seorang OKU.

sumber: Twit @ashzff

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*