Budak Tiktok Persendakan Uncle Sebab Lapar Tampil Mohon Maaf Dan Ceritakan Kenapa Dia Buat Video Itu

Apa yang anda semua rasa bila dipermainkan oleh seseorang apabila anda perlukan pertolongan? Kalau tak boleh nak tolong cakap je elok elok, tak payah la sampai nak permainkan perasaan orang tu. Kesian la kat dia

Video Pemohonan Maaf Berada Bawah Artikel

Pengguna Facebook Ramya Ammu telah memuat naik satu klip video menunjukkan seorang lelaki sedang asyik memainkan perasaan seorang pak cik tua yang meminta sedekah untuk membeli makanan. Video itu direkod sendiri oleh lelaki tersebut melalui aplikasi Tik Tok

Selepas beberapa jam dimuat naik di Facebook, video ini mendapat kecaman netizen kerana tindakan pemuda itu tidak sewajarnya berlaku. Netizen beranggapan tindakan lelaki itu seperti manusia yang tidak berperikemanusiaan

Tak kira bangsa atau agama, dalam diri kita patut ada adab menghormati orang lain terutama kepada orang yang lebih tua dari kita

INI YANG TERJADI SAMPAI JADI VIRAL

Tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki merakamkan satu klip video menggunakan aplikasi Tik Tok di salah sebuah dobi (lokasi tidak diketahui)

Lelaki yang dikenali sebagai Deni Baadillah berada di dalam dobi dan pada waktu rakaman ada seorang pakcik tua berbangsa india sedang menunggu disitu

Ketika rakaman, lelaki tersebut bertanyakan pada pakcik itu samada dia lapar atau tidak. Memang jika dilihat pada video, sebelum ia dirakam kemunkinan besar pakcik ini sebenarnya sedang meminta sedikit wang untuk makan

Lelaki ini tidak fikirkan perasaan pakcik tersebut lantas merakamkan satu adengan dimana dia mempersenda sendakan pakcik tersebut dengan mengatakan dia pun tiada wang dan dia pun lapar

Video ini dimuatnaik oleh Ramya Ammu di laman sosial Facebook dan selepas itu ia menjadi tular

Kalau Awak Tak Nak Bagi Duit, Diam je La Bodoh, Kenapa Awak Ambik Video & Buli Uncle tu… Masa I Pergi KL Sentral Pun Ade Org Melayu Tanya duit utk mkn & dia kata lapar, I Ade beli makanan dan bagi duit juga, kenapa u orang buat mcm ni, kalau u tak nak bagi duit jgn la buat video

Budak TikTok Ini Jelaskan Perkara Sebenar

Selepas video dia persendakan pakcik tua ini menjadi tular, dia telah memuat naik 1 video pemohonan maaf kepada pakcik itu dan keluarga dan semua rakyat Malaysia

Menurut dia sebenarnya dia memang kenal pakcik india tersebut dan selalu memberi duit atau rokok. Dia tidak menyangka video tiktok dalam bentuk gurauan itu diambil serius rakyat Malaysia sehingga dia diganggu dengan panggilan yang penuh dengan makian

Mari lihat video pemohonan maaf ..

Peringatan untuk semua, hati hati bila nak buat video tiktok ye.. jangan syok sendiri je ..

Sumber: Kl Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*