“Bukan nilai RM10 yang diambil kira, tapi kerja saya ni memang perlukan upah” Kisah sedih seorang ‘Runner’ ini menjadi tular di media sosial

Dengan keadaan ekonomi gawat dan tidak menentu, agak sukar untuk nak mencari kerja tetap yang masuk kerja pukul 9 pagi habis kerja pukul 5 petang. Mahu mulakan bisnes perlu ada model sekurangnya, jadi apa sahaja kerja halal yang boleh dilakukan untuk menampung kos hidup? Tanggungan keluarga masih lagi ada dan memang perlu teruskan hidup dengan lakukan apa sahaja kerja yang ada tanpa merungut.

Kini servis mengahantar barang atau lebih dikenali sebagai runner makin diterima ramai, walaupun ianya agak baru dalam kalangan masyarakat Malaysia tapi sebenarnya servis runner ini sudah lama bermula di luar negara. Walaupun ianya sudah lama berjalan, tetapi apa yang membuatkannya lebih menarik dan mendapat perhatian ramai adalah dengan adanya runner yang membuat perkhidmatan dengan upah seikhlas hati. Menarik kan? Di sini kami kumpulkan beberapa runner dengan cerita masing-masing yang penuh inspirasi dan patut diteladani oleh generasi kini.

Dahulunya bekas pelatih jurutera kapal terbang

Runner ini bukan calang-calang orangnya. Jangan hanya menilai dengan motosikal buruk mereka serta pakaian yang bukan berjenama. Ada runner yang punyai lesen jurutera penyelengaran kapal terbang tau. Sebagai contoh Aidil Syukri, yang merupakan bekas pelatih jurutera penyelengeraan kapal terbang menyediakan khidmat runner dengan upah seikhlas hati.

Berikutan kegawatan ekonomi di mana ramai pekerja MAS diberhentikan kerja, Aidil Syukri tidak hanya berdiam diri menunggu peluang kerja jatuh ke riba. Sebaliknya, dia memulakan servis runner walaupun khuatir jika ianya tidak diterima ramai. Siapa sangka, sehari, ada sahaja kerja tidak putus-putus sehinggakan mencecah 10-15 job dan cukup untuk menampung kos hidup.

Ahmad Faizal Murtadza, seorang runner yang mendapat perhatian media apabila membuat khidmat ini dengan tidak menetapkan sebarang caj. Ianya terpulang pada pelanggan mahu berikan berapa upah kepada dia. Dia dahulunya tiada pekerjaan tetap dan mencuba-cuba untuk menjadi runner. Kemudian Ahmad Faizal nampak potensi kerja ini apabila makin ramai yang menggunakan khidmatnya. Memang upah seikhlas hati, tetapi bagi dia jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan penuh ikhlas pasti akan ada juga rezeki.

Tipu lah kalau tak rasa hampa apabila ada pelanggan yang bagi upah yang tak setimpal kan? Tapi bagi dia, dia akan fikirkan pada sudut positif. Mungkin pelanggan itu tidak ada duit lebih untuk nak bagi, jadi bukan rezeki dia hari itu. Tapi, disebabkan pelanggan percaya pada dia, mereka akan terus menggunakan khidmat dia tanpa ragu-ragu.

Cakap sahaja mana, rata-rata dia sudah pergi travel jauh semata-mata untuk nak hantar barang kepada pelanggan. Walau cuaca buruk sekalipun, dia tetap redah kerana sikap jujur dan menepati janji itu penting. Ini lah Ahmad Faizal yang cukup dikenali ramai dengan khidmat runner yang terbaik sekali.

Upah runner serendah RM2

Nampaknya ramai juga yang ceburi bidang runner ni ye sebagai backup plan. Mungkin kerana modalnya mudah, hanya perlu ada motosikal tapi bukan semua mampu untuk lakukannya. Dengan tiada pulangan tetap, dan perlu redah cuaca panas dan hujan ianya memang mencabar. Mohd Sahrizan atau dikenali sebagai Jan Runner memilih untuk melakukan kerja ini apabila pulang ke kampung halaman dan tiada kerja tetap. Dia ambil upah untuk membelikan barang kepada pelanggan dengan upah serendah RM2 sahaja.

Mungkin kerja sebegini lagi menggembirakan hati mereka daripada kerja office yang memberi tekanan dan tiada masa bersama keluarga mungkin. Bagi Jan Runner, dia kata setakat ini walaupun ianya kerja yang bukanlah berikan pulangan yang boleh hidup mewah tetapi semuanya cukup dan tidak stress kerja. Dia gemar lakukan kerja ini dan akan terus berikan khidmat.

Ini pula kisah sedih seorang ‘runner’ yang menjadi viral di media sosial, dah la cas RM10 je. Itu pun tak nak bayar.

harap, akak ni bacalah status saya, 2 hari lepas akak ni whatsap saya, mintak amik barang kat pejabat pos, kebiasaannye saya akan cas rm10 sekitar pasir gudang, rm10 tu saya cas minyak saya, upah beratur, maintanance motor, dan insurans sendiri, dia mintak kurang rm5, maaf ye kak, rm5 minyak moto saya, tak bergajilah saya jawabnye, akhirnya akak tu pun setuju,
ok onn, urgent punye pasal, hujan pun jalan, lepas settle amik barang, akak ni suruh hantar ke rumah, dan akan transfer ke bank waktu malam , dia ada kat kampung, line tak berape baik, ok saya letak kat dalam rumah, malam setiap jam saya check acc bank, tak masuk jugak, pagi check tak masuk jugak, whatsap tak berbalas, petang tadi ke rumah dia semula, alhamdulilah dah balik, kereta pun ade..yahoo.

beri salam, assalamualaikummmmmmmmmmmmmmm..
tak berjawab 15 mnit, goncang pagar pulak, tak jawab jgak, pergi rumah jiran sebelah, jiran sebelah cakap ade kat dalam rumah tu, ok , saya dah pesan kat jiran, kalau jumpe akak, runner datang rumah tadi, kalau akak ada niat nak bayar, whatsap lah saya, bukan nilai rm10 yang diambil kira, tapi kerja saya ni memang perlukan upah, bukan sekali saya ditipu, minggu ni je dah 3 kes sama, memang betul ada yg cakap kena bank in dulu baru terima tugas, tapi kadang-kadang saya memang kena guna budi bicara sendiri, kalau tak, saya takkan bertahan lama jadi runner, jangan anggap saya runner, pandang saya ni sebelah mata..

P/S : ini bukan sahaja tak nak bayar, malah menganiaya orang. Kalau nak mintak tolong ikhlas pergi carik orang lain. Bukan orang yang memang bekerja sebagai runner. Semoga terbukalah hati pelanggan adik ni nak bayar cas yang dikenakan.

sumber : fb Izham Tarmizi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*