“Bukan saya yang sewel… saya normal” – Luahan Syazwan Zulkifly Selepas Menerima Banyak Kecaman Akibat Dari Lakonanya Didalam Drama Pujaan Hati Kanda

Gara gara watak Pali yang dilakonkan dalam drama Pujaan hati Kanda pelakon Syazwan Zulkifly menerima kecaman penonton yang kurang senang dengan sikap panas barannya itu.

Menerusi siaran langsung di laman Instagram, aktor berusia 31 tahun itu berkongsi pandangan berhubung karakter lakonannya itu.

“Karakter tu saya dapat selepas pening kepala fikir nak bawa kelainan lakonan. Kelakar kan? Pali memang sewel, saya kena bawa watak sewel tu supaya tak nampak serius sangat. Saya tak nak orang stres sebab tu kita bagi kelakar dan gila-gila sikit.

“Bukan saya yang sewel… saya normal, janganlah pengaruh TV sangat, drama itu untuk menghiburkan bukan buat kita stres, jadi barulah ada warna dalam watak tu.

“Kalau cerita tu semua baik saja, apa yang korang nak berhiburnya, mestilah kena ada karakter jahat, kalau berlakon kayu korang kutuk, kalau jahat nanti korang maki pula,” katanya.

Disebabkan watak tersebut, wujudnya tanda pagar (hashtag) Kecam Pali aw sehingga ia menjadi tular di laman Twitter.

Selain Syazwan, drama ini turut dibintangi oleh Mira Filzah membawakan watak Tiara dan Remy Ishak (Danny).

Pujaan Hati Kanda bersiaran menerusi slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 petang di TV3.

N3tizen Perasan ‘Pali’ Tak Sedar Rakam Foto Kunci Pakai Telefon Bimbit, Syazwan Minta Jangan Buat Malu Diri Sendiri

Kononnya ‘Pali’ Tak Sedar Rakam Foto Kunci Pakai Telefon Bimbit? Jangan Buat Malu Jawab Syazwan Zulkifly!

Pelakon Syazwan Zulkifly tampil memperbetulkan tanggapan sesetengah penonton drama bersiri lakonannya yang kini sedang bersiaran, Pujaan Hati Kanda berhubung salah satu babak menerusi drama tersebut.

Kisahnya, ada netizen yang membuat andaian berlaku kesilapan tanpa sedar apabila Syazwan yang mendukung watak sebagai Pali yang mahu merakam gambar menerusi telefon bimbit, tetapi dia tidak sedar ada kunci yang ibaratnya menghalang foto dari merakam.

Lalu, aktor itu ada berkongsikan penjelasannya berhubung perkara tersebut di Instagram.

“Kepada yang sangat peka kata saya tangkap gambar kunci tu, hang pakai handphone nokia 3310 ka? “Itu exact handphone and camera yang saya gunakan masa scene tu. Jangan buat malu la cari salah orang lepas tu diri sendiri yang salah.

“Seronok tak hang dah malu sekarang ni. Jangan suka cari kesalahan ya.Peace yawwwww #pujaanhatikanda,” tulisnya. Lalu, perkongsian darinya turut mendapat reaksi pelbagai netizen. Malah, tidak kurang yang turut memuji lakonannya di dalam drama tersebut.

Fakta Menarik

#1. Nama panggilannya ‘Kepeng’.

#2. Dikenali ramai menerusi watak antagonis, walaupun realitinya telah melakonkan pelbagai jenis watak.

#3. Mengakui tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

#4. Kehadirannya mula mendapat perhatian selepas membintangi siri televisyen, Juvana di TV3, membawakan watak sebagai Apek.

Berlakon kayu korang kutuk, berlakon betul kena maki pula!” – Syazwan Zulkifly

#5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

#6. Penglibatannya dalam filem menerusi Juvana, Laga, Suamiku, Encik Perfect 10, Gamatisme dan Sunti @ Facebook.

#7. Menerusi drama, antaranya Juvana, Soffiya, Jangan Ambil Padang Kami, Gemilang, Istikharah Cinta, Padamu Aku Bersujud, Lelaki Macam Dia, 7 Hari Mencintaiku, Cinta Roller Coaster, Nahu Rindu, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Pujaan Hati Kanda.

#8. Tidak ketinggalan, telefilem Di Bawah Satu Langit, Karlos Bolos, Dendam Rindu, Kalung Kak Dara , Bila Tiba Saatnya, Simpang Sejenak, Kebaya Mek Hwa dan Akil & Juan.

Berlakon kayu korang kutuk, berlakon betul kena maki pula!” – Syazwan Zulkifly

#9. Menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi Juvana di Festival Filem Malaysia ke-26 pada tahun 2014 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Laga) di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.

#10. Pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama pelakon Nabila Huda pada 2013. Malang menimpanya sekali lagi apabila terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak berhampiran Genting Sempah pada Mei 2017 ketika dalam perjalanan ke set penggambaran drama Sehangat Cinta Antasha.

#11. Gara-gara dikatakan pernah memukul bekas kekasih, pengacara Shenty Feliziana, beliau dianggap seorang yang panas baran, sedangkan Syazwan menyifatkan dirinya seorang yang pendiam dan sukar untuk marah.

Sumber: mstar and cokelatputih.com Via Detikberita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*