“Cantik Dan Bijak Tapi Akal Sesendat Seluar” Netizen Kecam Neelofa Pakai Seluar Sendat Pulak

Lumrah hidup jadi ‘public figure’ sebenarnya. Walaupun kesalahan atau kesilapan tu sebesar kuman pun orang akan korek sampai bagi nampak. Banyak lagi medium lain nak menegur, bukan dengan cara mengaibkan sahaja – Abang Mat Bawang

Apa saja tentang Neelofa pasti akan menjadi perhatian netizen. Cara percakapan dan penampilannya juga tidak terlepas dari buah mulut orang ramai. Kalau dah nama pun ikon, pasti semuanya akan menjadi ikutan.

Terbaru, penampilan Neelofa menerima kecaman ramai apabila seluar yang dipakainya menampakkan  yang tidak sepatutnya.

Seperti biasa, netizen tidak mahu melepaskan peluang untuk mengecam selebriti sensasi itu. Ada juga yang mengatakan Neelofa tidak menutup aurat mengikut syariat walaupun bertudung.

Namun, ada segelintir peminatnya menulis komen dengan mengatakan netizen hanya mahu mencari salah Neelofa. Tidak kurang juga ada yang mengatakan gambar tersebut di ambil secara candid dan sesiapa pun pasti akan nampak bentuk ‘v’ tersebut  lebih-lebih lagi ketika sedang berjalan.


Sementara itu, di Instagram Neelofa sendiri tiada gambar tersebut dikongsikan. Namun, Neelofa kongsikan gambar mengenai buli siber yang kini mendapat perhatian pihak Instagram. Mungkin ini jawapan balas dari Neelofa mengenai isu tersebut.

Ada bagusnya juga Neelofa sertai kempen anti siber buli. Selebriti pun manusia biasa, ada perasaan dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

sumber : Rotikaya

“Kalaulah Hidup Harapkan Duit Keluar TV, Dah Lama Jadi Lembu Makan Rumput Tepi Jalan”

Seingat kami, sebelum ini Nabila Huda pernah meluahkan perasaannya terhadap produksi drama tempatan yang masih mengenakan bayaran yang rendah walaupun sara hidup ketika ini boleh tahan juga tingginya. Sementara itu, Che Ta baru-baru ini turut memuatnaik Insta Stories yang juga berkaitan dengan bayaran.

Melalui luahan hati Che Ta, ternyata dia bengang situasi yang menimpanya gara-gara masih tidak menerima bayaran daripada pihak stesen televisyen, stesen TV mana, tidaklah pula didedahkan.

“TV stesen ni bila jemput kita buat program, janji payment 2 minggu, 5 bulan pun belum nampak bayang RM! Kalaulah kita ni hidup duduk menghadap duit keluar TV, lama dah jadi lembu makan rumput tepi jalan!,” tegas Che Ta.

Mujurlah Che Ta sememangnya sudah menceburi bidang perniagaan sejak sekian lama dan apa yang dikongsikannya ini pastinya turut dirasai rakan selebriti lain yang turut lewat mendapat bayaran daripada stesen TV. Jadinya, sementara masih laku, usahalah untuk mencari mata pencarian lain bagi menampung kehidupan yang tidak tahu turun naiknya di masa mendatang. (rtky/s)

sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*