Datuk Siti Nurhaliza Akhirnya Bersuara Tentang Segelintir Netizen Membuat Fake Account Anaknya Yang Baru Lahir

Sebelum kita melihat respon Datuk Siti Nurhaliza terhadap fake account anaknya yang baru dilahirkan, mari kita lihat dahulu definisi fake account.

Sockpuppet adalah identiti dalam talian yang digunakan untuk tujuan penipuan. Istilah ini merujuk kepada manipulasi boneka tangan mudah yang dibuat dari kaus kaki,

yang pada asalnya merujuk kepada identiti palsu yang diasumsikan oleh seorang ahli komuniti Internet yang bercakap dengan, atau tentang diri mereka semasa berpura-pura menjadi orang lain.

Istilah ini termasuk kegunaan lain identiti dalam talian yang mengelirukan, seperti yang dibuat untuk memuji, mempertahankan atau menyokong seseorang atau organisasi, untuk memanipulasi pendapat umum, atau untuk menghalang penggantungan atau larangan dari laman web.

Perbezaan yang signifikan antara penggunaan nama samaran dan penciptaan sockpuppet adalah bahawa sockpuppet menimbulkan sebagai pihak ketiga yang tidak bersekutu dengan dalang. Sockpuppets tidak diundang di banyak komuniti dalam talian dan mungkin disekat.

Istilah “sockpuppet” digunakan seawal 9 Julai 1993, tetapi tidak menjadi biasa dalam kumpulan USENET hingga tahun 1996. Contoh istilah Oxford English Dictionary yang pertama,

ditakrifkan sebagai “orang yang tindakannya dikendalikan oleh yang lain; , “diambil dari Berita AS dan Laporan Dunia, 27 Mac 2000.

Sekarang mari kita tonton video di bawah untuk mengetahui respon Datuk Siti Nurhaliza terhadap fake account anaknya yang baru dilahirkan. –Sumber Dharian

Terdahulu..

Kenapa Siti Dan Si Comel Masih Berada Di Wad? Siti-Datuk K Maafkan Penyebar Gambar.
SEBAGAI seorang bapa dan individu yang dikenali ramai, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama isteri, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan lagi perihal penyebaran gambar puteri sulung mereka beberapa hari lalu.

Mereka berdua dengan terbuka hati telah reda dengan apa yang telah terjadi walaupun mengikut perancangan, wajah dan nama puteri sulung itu akan diumumkan selepas tujuh hari dilahirkan.

“Pihak kami sudah memaafkan individu yang menyebarkan foto bayi kami. Tidak mahu menjadikan ia satu isu sebab saya dan Siti pun sudah reda,” kata Datuk K dipetik daripada portal mStar Online.

Individu yang menyebarkan foto itu dikenali sebagai Wan Noor Akmal Wan Yusof, juga merupakan seorang jurusolek itu telah memohon maaf secara terbuka dan bercadang untuk bertemu dengan keluarga Siti atas kesilapannya itu.

Foto anak sulung Siti telah tersebar di media sosial walaupun tidak sampai 24 jam bayi itu dilahirkan pada Isnin lalu.

Selepas tiga hari dilahirkan, Datuk K dan Siti turut mengakui bahawa puteri mereka tidak banyak kerenah kerana dia akan disusukan setiap dua jam sekali.

“Buat masa sekarang, bayi kami tak banyak kerenah. Biasalah kalau berjaga waktu malam pun hanya untuk berikan dia susu.

“Selepas itu, dia akan tidur semula dan Siti pun dapat berehat,” uajrnya lagi.

Bagaimanapun, penyanyi kesayangan negara itu masih lagi ditahan di wad untuk pemantauan doktor kerana ketika pembedahan dijalankan, Siti telah mengalami pendarahan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*