“Doktor beritahu bayi kembar tapi sayangnya…Ya Allah” Dato’ Aliff Syukri luah dedahkan sesuatu yang amat menyedihkan

USAHAWAN selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon doa dari peminat buat kandungan isterinya, Datin Shahida Mohd Rashid yang dikatakan mengalami pendarahan teruk.

Memetik entri Instagram miliknya, Aliff Syukri, 32, berkata, pada awalnya dia dan isterinya mahu merahsiakan berita kehamilan Shahida sebagai satu kejutan kepada peminat sebelum insiden itu berlaku.

“Tolong doakan kandungan isteri saya selamat… Sepatutnya berita kehamilan dirahsiakan dulu tetapi dugaan berlaku mungkin Shahida stress (tertekan) dengan keadaan isu anak kedua kami Qhadeeja hingga dia mengalami pendarahan teruk, mungkin mengakibatkan keguguran,” katanya.

Menurut anak kepada Rozita Ibrahim ini, menerusi pemeriksaan doktor, anak yang dikandung Shahida ialah bayi kembar yang diimpikan pasangan itu.

“Bila lakukan pemeriksaan, doktor beritahu bayi kembar… Ya ALLAH sayangnya…

“Mohon doakan isteri dan anak-anak saya selamat, doa anda semua amat saya hargai,” katanya yang juga penyanyi lagu Abang Nak Tegur.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 11, Ibrahem Edham, 7, Qadeeja El Zahra, 9, Yusoff Al Qardawi, 10 bulan dan anak angkat perempuan, Ameena, berusia enam bulan.

Menerusi perkhabaran itu, rata-rata peminat begitu teruja dan turut mendoakan kesejahteraan isteri dan anak kembarnya.

Pemilik akaun Instagram, sara_mayra menulis,”tahniah datuk dan datin, semoga bayi baik-baik sahaja dan tak sabar nak tunggu kembar itu keluar”.

Kata haryaniaziz, akhirnya impian pasangan itu untuk menambah anak dipermudahkan.

“Tahniah, tercapai juga impian nak tambah anak lagi. Semoga saya dan suami juga dikurniakan anak kembar,” tulisnya pada dientri itu

sumber : Sinar Harian

View this post on Instagram

tolong doakan kandungan isteri saya @shahidadherbs selamat..😰😰😰Dugaan 2 ramadhan . . . sy sengaja nak rahsiakan Isteri saya tgh pregnant nak buat suprise kat smua….. tapi dugaan mungkin stress dgn keadaan semasa baru2 ni dimana byk pihak membesar2kn… dan mungkin sbb tu .. berlaku pendarahan yg agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.. bila scan2 pula Dr bgtau baby kembarr.. ya allah sygg yaaa .. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugurr??😭…. Mudahan kedua2 anak saya dalam. kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan😔 doa kalian amat saya hargai.. . . tudung wife sy dari @cloverush baju sy dr @as.legacymalaysia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Datin Seri Shahida tertekan dengan apa yang terjadi

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan telah dikunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung tindakan merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra, 9, kerana membuka tudung.

Menurut Aliff atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman, 32, beliau bagaimanapun tidak sempat berjumpa dengan wakil daripada jabatan tersebut.

“Mereka ada datang di pejabat namun saya tidak sempat berjumpa.

“Mereka ada hubungi sebelum datang ke pejabat namun saya dan isteri sibuk dengan hal kerja,” kata Alif ketika ditemui Kosmo! Online pada pertunjukan fesyen Indahnya Raya keluaran AS Legacy di sini sebentar tadi.

Ujar Alif, beliau bersedia memberikan kerjasama terhadap pihak JKM untuk melakukan siasatan lanjut.

“Saya sedar akan kesilapan saya dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak JKM.

“Sebelum dihubungi JKM, ada juga pihak polis menghubungi saya berhubung perkara ini dan saya sedia beri kerjasama,” kata Aliff.

Kesal dengan tindakannya yang mencetuskan kritikan dalam kalangan orang ramai, Alif berkata, dia memohon maaf atas apa yang berlaku sehingga menyebabkan beberapa pihak tersinggung.

“Saya mohon maaf apa atas apa yang berlaku tapi itu memang cara saya mendidik anak. Saya akui saya memang jahil dan banyak kekurangan.

“Mungkin orang fikir saya melakukan penderaan fizikal terhadap Qadejah tapi sebenarnya tiada sebarang kecederaan serius pun.

“Anak saya itu memang senang menangis (kuat drama). Dia manja dan perangainya saling tidak tumpah seperti saya,” katanya.

Kata Aliff, dia mempertahankan tindakannya mendidik anak dengan cara lama kerana tidak mahu menyesal pada kemudian hari.

“Zaman sekarang, macam-macam perkara boleh berlaku. Masalah sosial semakin berleluasa terutama dalam kalangan perempuan.

“Walaupun saya mengakui kesilapan, nasihat saya, sebelum menyibuk hal tepi kain orang lain, tolong jaga tepi kain sendiri terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Protect and Save The Children (P.S The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) membuat laporan polis ke atas Aliff di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Dalam satu kenyataan, NGO berkenaan berkata, perbuatan itu disifatkan sebagai penderaan fizikal dan mereka amat terkesan dengan perbuatan usahawan tersebut. – K! ONLINE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*