“Hanya monyet sahaja buang sampah merata-rata” tindakan mengenakan jaket monyet kepada pesalah mendapat pujian ramai

Samporna sangat terkenal sebagai syurga penyelam atau lebih dikenali sebagai scuba diving. Tetapi baru-baru ini mereka juga terkenal sebagai tempat terkotor. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, pihak berkuasa tempatan telah cuba sehabis baik untuk membaiki reputasi mereka.

Sekiranya anda masih belum lagi tahu, pihak berkuasa tempatan telah memulakan inisiatif baru bermula 1 Januari 2019, sekiranya anda didapati bersalah membuang sampah merata-rata, anda akan dikenakan denda sebanyak RM500 atau mengutip sampah di sekitar bandar. Arahan terbaru ini dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut The Star, mereka yang ditangkap akan diberi dua pilihan samaada membayar denda sebanyak RM500 atau mengutip sampah sekitar bandar selama satu jam. Pihak polis dan juga PBT bekerjasama pada hari jumaat untuk memerangkap dalang pembuang sampah dalam usaha untuk mengekalkan kebersihan bandar Samporna.

Jika anda rasa mengutip sampah selamat satu jam itu hanya satu denda yang kecil, anda ternyata silap. Ini kerana, sepanjang denda mengutip sampah berjalan anda dikehendaki memakai jaket keselamatan berserta lencana bertulis ‘monyet’ pada jaket tersebut. Sehubungan dengan itu, perkataan ‘monyet’ itu dipilih kerana disamakan dengan sikap monyet yang suka membuang sampah merata-rata.

Pihak berkuasa menyatakan, pada waktu operasi 5hb Januari lepas terdapat 9 orang ditangkap sekitar waktu 3 petang. Mereka yang bersalah ialah penduduk tempatan dan beberapa lagi orang warga asing. Warga asing yang ditangkap juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Mereka segera diserahkan kepada pihak imegeresen untuk tindakan susulan.

Tambah Bianus, operasi ini membuahkan hasil dimana ia dilihat dapat meningkatkan lagi kesedaran sivik dan juga lebih berhati-hati untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

sumber : worldofbuzz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*