“Ianya tersangat tidak adil!”Anak Vincent Tan ‘buka mulut’ tentang Syed Saddiq

Pemilik jenama Hausboom, Azri Zahier Azmi memohon maaf kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kekasaran bahasanya dalam satu kenyataan mengenai janji menteri berkenaan.

Menerusi posting terbaru di Facebooknya, Azri Zahier menjelaskan kenapa beliau menggunakan bahasa kasar dalam posting sebelumnya yang bertajuk “Sempena Tahun Babi, Ini Cerita Pasal Ke-Babi-an”.

Menurut Azri Zahier, beliau kecewa dengan janji dan harapan yang diberikan oleh pihak menteri tentang promosi yang akan diberikan selepas menaja minuman percuma.

“Ia juga bukan isu ‘menteri tak tolong’ kami. Wallahi kami tak kisah pun. Kami tahu bisnes ini lain permainannya. Tak perlukan surat-surat sokongan pun. Ini bisnes consumer. Pengguna. Rakyat marhaen.

“Isunya adalah janji dan harapan yang diberi. Bukan kepada aku seorang, ada banyak lagi yang diberikan janji sama. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan telan sahaja butir pasir yang disuapkan. Sebab kita rakyat marhaen.

“4 bulan. EMPAT BULAN. 120 hari. SERATUS DUA PULUH HARI. Itu masa yang diberikan untuk YB Menteri respon. Aku dah guna semua saluran mengingatkan janji tidak tertunai itu,” katanya mengingatkan tentang janji yang diberikan sebelum ini.

Azri Zahier mengakui beliau menggunakan bahasa yang kasar dalam postingnya sebelum ini, namun katanya, pesanan yang jelas dapat diberikan kepada Syed Saddiq dan pasukannya.

“Usahawan bukan golongan untuk ditabur janji yang tidak akan dipenuhi. Media sosial adalah saluran yang tepat untuk mendapatkan respon ahli politik.

“YB claim la apa pun kejayaan kami. Orang akan percaya sebab you are the minister. Tapi rakyat Malaysia yang bantu viralkan social media campaign kami tahu jawapan sebenarnya.

“Kami berniaga demi agama, bangsa dan negara; bukan kerana nama (atau undi).

“Apa pun YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, saya sejujurnya memohon maaf atas kekasaran bahasa saya,” katanya lagi.

Akibat posting beliau sebelum ini, Syed Saddiq melahirkan rasa kecewa dengan dakwaan bahawa kementeriannya telah menipu usahawan.

sumber Astro Awani

Terdapat pelbagai respon dari netizen ada antaranya menyalahkan pemilik jenama minuman tenaga itu sendiri, ada juga yang mengecam beliau kerana memulakan strategi pemasaran yang murah dan ada juga yang menyatakan akan sokong produk beliau.

Anak Vincent Tan buka mulut

Saya sendiri hadir ketika pertemuan YB Syed Saddiq bersama dengan bapa saya Tan Sri Vincent Tan. Tujuan utama pertemuan itu hanyalah untuk membincangkan mengenai produk belia dan sukan. Dia promosikan ketiga-tiga produk dan meminta bapa saya kebenaran dari bapa saya untuk 7 Eleven menyediakan tempat untuk produk tersebut. Bapa saya juga bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan yang disampaikan oleh YB Syed Saddiq. Pihak 7 Eleven juga masih lagi dalam proses mengenali dan mengkaji potensi produk tersebut. Ianya amatlah tidak adil untuk mengkritik sebelum mengetahui cerita sebenar.

sumber : IG Story Chrystan_x

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*