Ini Respon Tun M dan Rakyat Malaysia Selepas Pemprotes Masuk Semula Kedalam Dewan. Memang EPIC

Speaker baru ikrar laksana tugas dengan bebas

Speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Datuk Mohamad Ariff Yusof berikrar akan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

“Saya akan berusaha melaksanakan tugas saya dengan sepenuh hati dan bebas daripada pengaruh luar untuk memelihara, memartabat maruah dewan yang mulia ini.

“Saya juga akan bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan yang berhormat sekalian berusaha ke arah meningkatkan lagi wibawa institusi parlimen negara kita, supaya budaya demokrasi berparlimen negara kita bertambah berkesan, adil dan saksama,” katanya dalam kenyataan.

Hakim bersara itu berkata persidangan Dewan Rakyat kali ini menempa sejarah kerana kali pertama sejak peralihan kuasa berlaku dengan penuh aman.

“Ini bukti keampuhan sistem demokrasi berparlimen kita untuk menangani perbezaan dan perselisihan yang sudah pasti wujud dalam mana-mana negara, lebih-lebih lagi dalam negara kita yang bernilang kaum dan pegangan ini.

“Kini perhatian dunia tertumpu kepada Dewan Rakyat ini sebagai ruang untuk mengurus kepelbagaian yang wujud di dalam negara kita dengan cara yang tertib dan mengekalkan keamanan,” katanya.

Mohamad Ariff Yusof, 69 dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan hari ini dan merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengusulkan pencalonan Mohamad Ariff sejurus persidangan Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi ini. Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun pelantikan Mohamad Ariff menerima bantahan daripada pembangkang yang bertindak keluar dewan beberapa minit selepas anggota parlimen duduk di kerusi masing-masing.

Mereka berpendapat pelantikan itu tidak mengikut peraturan dewan mesyuarat yang seharusnya mengikut peruntukan 4 (1) berkaitan 14 hari pemakluman kepada anggota Dewan

Video Penuh di bawah 🙂

REAKSI TUN MAHATHIR BILA KECOH PEMBANGKANG KELUAR DEWAN

Perdana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya melemparkan senyuman ketika anggota parlimen Umno dan PAS melangkah keluar dewan sebagai tanda bantahan, beberapa minit selepas anggota parlimen duduk di kerusi masing-masing untuk memulakan sidang parlimen.

Tindakan anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan itu dipercayai berhubung cadangan pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.

Terdahulu, setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya menerima surat daripada Mahathir berhubung cadangan pelantikan Mohamad Ariff pada 2 Julai lalu.

Hanya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sahaja yang tidak menyertai anggota parlimen pembangkang lain keluar dewan.

Tun Mahathir Senyum Jer

Komen Dari Nitizen berkenaan Ahli Parlimen keluar Dewan

Sumber: Malaysia Kini Via Kuala Lumpur Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*