Jamal Keluar UMNO Masuk Harapan?

Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos akan meletakkan jawatannya dalam parti Melayu itu

Kata Jamal, beliau akan menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Tambahnya, pihaknya menyerahkan kepada Noh untuk menentukan keputusan akhir.

Mengenai sokongan ahli-ahli bahagiannya yang mendesak beliau agar tidak meletakkan jawatan, Jamal berkata, dirinya tidak akan berganjak dari keputusan itu.

“Saya amat terharu hari ini dengan sokongan daripada ahli-ahli Umno. Saya telah pun nekad dan beriltizam.

“Apapun keputusan daripada pengerusi (badan) perhubungan, saya akan terima,” jelas Jamal lagi dalam sidang akhbar di hadapan kediaman beliau.

Hari ini, lebih 100 ahli Umno Sungai Besar berkumpul di lokasi yang sama untuk menunjukkan sokongan kepada Jamal susulan pengumumannya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua bahagian Umno dan semua jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang disandang beliau.

Beliau yang juga pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) mengumumkan sedemikian selepas dibebaskan bersama sembilan tahanan reman lain di ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya pada kira-kira jam 7 malam, semalam.

sumber : Langit kelabu

“Eh ‘Bawang’, Kami Diam Tak Bermakna Kami Ni Lalang” Bidas Neelofa Terhadap Kritikan Netizen

PELAKON dan pengacara Neelofa berharap netizen berhenti memanggil pihak yang selama ini terpaksa berdiam diri sebagai lalang.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 29, berkata sudah tiba masanya semua orang bergabung untuk menjadikan Malaysia lebih baik.

“Apabila anda tersekat dalam situasi yang tidak menyenangkan dan mulut anda perlu ditutup untuk tidak berkata apa-apa atau tidak berada di mana-mana pihak.

“Awak tidak diberi pilihan tetapi hanya perlu berdiam. Dan kepada semua ‘bawang’ di luar sana, awak patut berhenti memanggil pihak yang berdiam adalah lalang.

“Dah tidak masa untuk kita bersama, bersatu untuk Malaysia yang lebih baik, Malaysia kita!” kata Neelofa.

Neelofa menjelaskan perkara tersebut menerusi Instastorynya pada Sabtu namun telah dipadamnya selepas beberapa jam dimuat naik.

Bagaimanapun, pengacara Awal Ashaari telah memuat naik semula kenyataan pelakon drama bersiri Red Velvet itu di Instastorynya.

Sebelum ini, ramai selebriti tempatan yang dikecam netizen gara-gara memuat naik foto bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka menganggap golongan selebriti itu seperti ‘lalang’ yang memihak pada kerajaan sebelum ini iaitu Barisan Nasional namun bertukar memilih Dr Mahathir yang diberi mandat untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri yang ketujuh.

Dalam pada itu, Neelofa memohon agar netizen berhenti menyalahkan dan mengecam selebriti lain.

Malah, pengacara program MeleTOP ini juga mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya bersyukur pada Allah swt untuk sejarah yang telah dicipta.

“Jadi, berhenti salahkan atau kecam selebriti lain juga. Tiba masa untuk meraikan daripada melabelkan yang lain.

“Mari semua, bukankah ia rasa seperti merdeka sekali lagi?

“Mari berasa bersyukur pada Allah swt untuk sejarah yang kita (terutama golongan belia) dapat menjadi saksi dan rasa sayang dan selamat kembali.

sumber : Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*