Jamal Muncul Lagi, Kali Ini Memberi Komen “HUKUMAN RIMBA” Kepada Kerajaan PH.

Pemilihan UMNO. Ini Kata Dua Jamal Kepada Kerajaan PH Buat Ramai MENGGELENG

Jamal muncul lagi. Menjelang pemilihan UMNO ni, dia beri kata dua kepada kerajaan PH buat ramai rakyat menggeleng.

TUDUH KERAJAAN BERI “HUKUMAN RIMBA” KEPADA DIA

Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dikatakan percaya kerajaan baru mengenakan “hukum rimba” terhadapnya.

Perkara itu disampaikan wakilnya Armand Azha Abu Hanifah hari ini, yang mendakwa Jamal ada menghubunginya hari ini.

“(Saya) bercakap dengan beliau pagi tadi, beliau kata tindakan kerajaan hari ini lebih kepada mencari kesilapan lampau, tanpa (mengikut) kedaulatan undang-undang yang sebenar.

“Hari ini kita lihat kerajaan baru hari ini lebih (mengikut) ‘rule of the jungle’ (hukum rimba) terutama untuk menjatuhkan hukum terhadap Jamal,” katanya ketika ditemui pemberita di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Jamal yang melarikan diri daripada buruan polis sejak bulan lalu bertanding jawatan ketua pemuda dalam pemilihan Umno kali ini. Armand mewakilinya untuk menghantar borang pencalonan.

Dia diburu atas beberapa dakwaan kesalahan termasuk membawa senjata api dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Armand bertegas Jamal layak untuk bertanding walaupun kini menghilangkan diri.

Sejumlah sembilan calon layak untuk bertanding jawatan ketua pemuda dalam pemilihan yang akan bermula hujung bulan ini.

Sekretariat pemilihan Umno mengesahkan Jamal layak untuk bertanding dan merupakan calon nombor enam.

Dalam pada itu, Armand berkata beliau yakin Jamal masih berada di dalam negara.

“Beliau pernah mengumpulkan anak-anak muda untuk berdepan dengan Bersih, ia sebahagian daripada kelebihan dia sebagai calon,” katanya lagi.

Selepas menghilangkan diri sejak 25 Mei lalu, polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya untuk menangkap ahli politik kontroversi itu.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang gagal dikesan sejak menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, dilaporkan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Selain jawatan peringkat sayap itu, Jamal turut menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO bagi merebut jawatan terbabit.Jamal berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima pandangan dan sokongan serta nasihat rakan-rakan seperjuangan.

(Sumber: Malaysiakini)

Kredit : Khalifah Media Online via MURAI.COM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*