“Jangan Mudah Terpedaya, Tiada Pil Boleh Menambah Ketinggian” – Penjelasan Dr Rafidah Abdullah Terhadap Produk Dipromosikan Nealofa

Baru je nak reda isu pelancaran tudung di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, timbul pula isu baru yang menarik perhatian netizen dan masyarakat Malaysia.

Terbaru, Neelofa ada membuat posting di instagram untuk mempromosikan satu produk meninggikan badan hingga menjadi bualan hangat dan dikecam.

Seorang wanita yang bernama Rusyainie Ramli telah tampil memberikan pandangan beliau mengenai hal ini..

KEMETOT

Neelofa ni sangat cantik kan. Kalau boleh pilih, saya pun teringin nak rupa dia. Untung dia dapat anugerah Allah. Tapi tulah kan. Neelofa dah macam tersilap langkah.

Dia promosikan produk nak tinggi. Aduh. Ni macam Neelofa tak pernah belajar sains pula. Padahal dia ni cerdik katanya. Takkan demi duit, tetiba jadi tak bijak.

Neelofa, meh akak kasi tahu. Manusia mencapai tinggi maksimum masa umur belasan tahun. Lepas tu plat dekat tulang panjang akan tertutup pada usia lebih kurang 20 tahun.

Kita takkan tinggi dah. Telan lah segala produk tu, takkan punya. Buat lah senaman regangan ke, bergayut kat pokok ke, melompat bintang 1000 kali pun tak mungkin buat kita meninggi.

Akak dah tengok kat MediQuest. Produk ni tak berdaftar sebagai ubat. Pada hemat akak, produk ni di bawah kelas makanan.

Jadi kalau Neelofa fikir dengan logik, takkan lah minum produk ni boleh buat kita makin tinggi.

Jenis makanan saja kan. Macam kita makan nasi la. Tak ada bahan aktif dalam produk ni, maka macam mana secara biokimianya produk tu boleh bertindak seperti tuntutan yang dikatakan.

Kalau produk ada bahan aktif, mesti berdaftar dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara bawah kategori A iaitu ubat terkawal.

Tu doktor perubatan saja yang boleh preskripsikan, macam akak la sebab akak bertauliah dan berlesen. Nak masuk bawah kategori X, ubat yang boleh dibeli di kaunter macam tak masuk akal sebab gah sangat fungsi dia.

Tinggi kita ni ditentukan oleh 80% secara genetik. Neelofa dah tak boleh tinggi tapi Neelofa boleh pilih untuk berkahwin dengan lelaki tinggi. 6 kaki ke atas ke.

Ada lah peluang untuk anak-anak Neelofa nanti tu tinggi. Cuma masalahmya gen yang mengawal tinggi ni bukan 1 saja. Ada banyak dan susah nak tentukan ekspresi gen-gen tu.

Arwah atok akak tinggi orangnya. Tapi akak ni kemetot saja. Gen yang nak bagi tinggi tu taknak keluar. Jadi, tak mengapalah. Akak bersyukur lah walaupun akak ni pendek.

Neelofa, mungkin apa akak tulis ni takkan sampai kat Neelofa. Maklumlah status Neelofa di dalam masyarakat tu jauh sangat dari akak.

Akak rakyat marhaen saja. Tapi harap sangat, sebagai selebriti yang punya jutaan peminat, lain kali Neelofa janganlah rendahkan martabat Neelofa sampai jadi duta produk yang akak panggil sampah ni.

Dalam pada itu, Dr Rafidah Abdullah juga tampil menjelaskan perkara yang sama menerusi tweet beliau di laman twitter.

Kami berharap Neelofa akan lebih peka dan berhati-hati selepas ini sebelum mempromosikan sesuatu produk atau terpaksa menelan dan berdepan kecaman dari “persatuan makcik-makcik bawang”.

Sumber: Amazingnara

Hampir Setiap Hari Neelofa Dibuli Netizen

Image result for neelofa

SELEBRITI terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan, dia dibuli hampir setiap hari di laman sosial dan perkara itu turut berlaku ahli keluarganya.

Atas sebab itu memberi idea kepadanya untuk mewujudkan sebuah kempen tanggungjawab sosial bagi menangani serta memerangi gejala buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.
Tambah Neelofa, idea ini tercetus setelah dia sendiri melalui pengalaman dibuli hampir setiap hari di media sosial.

“Semua ini bermula dengan perbualan antara keluarga dan rakan-rakan selebriti yang sering menjadi mangsa buli siber.

“Malah selama lapan tahun berkecimpung di dalam industri seni, boleh dikatakan setiap hari saya dibuli dengan menerima komen-komen negatif.

“Sedangkan bagi saya, sepatutnya media sosial menjadi platform untuk melontarkan pelbagai pandangan yang membina.

“Walaupun sebagai selebriti saya sudah biasa dengan situasi tersebut, namun saya kasihankan ahli keluarga yang turut menjadi mangsa.

“Ini baru hal melibatkan saya, rakan selebriti dan keluarga terdekat. Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada anda atau orang biasa?” ujarnya.

Image result for neelofa

Mengangkat tema ‘Sebar Fakta Bukan Dusta’ dan ‘Aku Bersamamu’, kempen ini turut mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Antara artis yang turut hadir bagi menyokong kempen itu termasuk Nora Danish, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Maya Karin, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki, Shahrol Shiro, Jane Toh dan ramai lagi selebriti lain.

Menurut bintang berusia 29 tahun ini, tujuan utama kempen ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat tentang hak-hak melindungi diri daripada buli siber dan penyebaran maklumat palsu.

[VIDEO] PANAS!! Adik Neelofa Tayang ‘Anu’ Tembam Ketika Senaman Yoga

Selain daripada itu, ia juga bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyebaran berita palsu dan fitnah yang dilihat semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
“Sesetengah orang merasakan menjadi tanggungjawab mereka untuk ‘menasihati’ orang lain di media sosial tetapi cara digunakan adalah salah.
“Tanpa disedari mereka sebenarnya telah melukai hati dan membuli orang lain dengan kata-kata digunakan.

“Perkara ini yang ingin kami ubah agar masyarakat lebih peka tentang bahayanya buli di media sosial,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen berkenaan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre, semalam.

Sumber : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*