“Jangan terjun, mak sayang lagi ni” Komen ibu 3 minggu lepas, hari ini Arwah Abdul Bari telah dijumpai

ABDUL Bari Asyraf Mohd, 31, yang hilang selepas membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu, kelmarin, ditemui lemas, pagi ini.

Mayat mangsa ditemui di kawasan kuala sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.23 pagi ini, pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.

“Mayat diserahkan kepada polis jam 7.50 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang sedang memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf dikatakan mengalami kejang otot sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Komen ibu 3 minggu sebelum kejadian

Luahan bapa Abdul Bari

“KALAU ditakdirkan dia ma ti, biarlah kema tiannya berkubur,” kata Mohd Mustafa, 66, bapa kepada Abdul Bari Asyraf, 31, yang dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan mereka meluncur dan terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan di Kuala Terengganu, malam tadi.

Justeru, Mohd dan keluarga tidak putus mendoakan Abdul Bari Asyraf ditemui.

Mohd berkata, dia reda dengan kejadian menimpa anaknya biarpun tragedi menyayat hati itu meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarganya.

“Dalam keluarga saya, hanya ada dua anak lelaki, manakala enam lagi anak perempuan. Sudah tentu kehilangannya sangat dirasai, apatah lagi pemergiannya berlaku secara mengejut.”

“Namun saya berbangga kerana kejadian menimpanya berlaku kerana niat murninya mahu menyelamatkan nyawa orang lain dan saya tenang dengan apa yang berlaku.”

“Tak guna kita menangis meraung kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi,” katanya sayu ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mohd berkata, Abdul Bari Asyraf yang bekerja sebagai pengimpal di bengkel di Kampung Merbau Patah, Jalan Kuala Berang, di Kuala Terengganu, adalah anak yang baik dan ramah dalam kalangan keluarga serta sangat disenangi rakannya.

“Dia memang minat memancing. Malah pada hari kejadian (semalam), dia baru balik daripada memancing di Kampung Seberang Takir.”

“Dia keluar semula selepas solat Asar apabila rakannya mengajak dia memancing di Pulau Warisan dan ketika itu saya tiada di rumah kerana menziarah orang meninggal di Kampung Pasir Panjang,” katanya.

Pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jenagor, Hulu Terengganu itu berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau petanda pelik sebelum kejadian.

Sementara itu, ibu mang sa, Masitah Awang, 60, berkata, Abdul Bari keluar rumah selepas waktu Asar untuk memancing bersama rakan baiknya.

“Dia memang minat memancing dan pagi semalam awal-awal lagi dia dah keluar memancing bersama rakannya. Selepas makan dan solat Asar, dia keluar semula selepas diajak rakan memancing di Pulau Warisan.

“Tak sangka tragedi ini menimpa dan saya hanya mengetahui kejadian selepas menerima panggilan daripada polis pada 10 malam,” katanya.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu sedang memancing, terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mang sa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kejangan otot menyebabkan dia gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Dalam kejadian semalam, usaha menyelamat lima mang sa dalam kenderaan pacuan empat roda terbabit turut dilakukan lima lelaki lain yang berada di lokasi kejadian dan semua mereka selamat berenang ke tebing.

Mang sa di dalam kenderaan itu, Suryati Rusly, 37; Nordiana Alwani Jaafar, 33; Asmaa Rusly, 23; Syafawani Jaafar, 11; dan Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin berusia tiga tahun berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*