“Jom Kita Buat Maraton Nak Tak Bam ?” Peminat Teruja Abam Bocey Turun Berat Badan 15 Kilogram

Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey merupakan seorang pelawak daripada ahli kumpulan Bocey.

Melalui laman Instagramnya, beliau telah memuat naik kapsyen beserta gambar mengenai misi mengurangkan berat badan melalui program diet.

Dahulunya, berat asal Abam merupakan 188 kilogram dan berkat usaha yang dilakukan beliau kini memiliki berat badan 173 kilogram.

 

“Ikut kontrak selama 3 bulan, saya lakukan diet untuk turunkan badan secara dalam talian. Ada jurulatih yang akan pantau saya menerusi mesej di group WhatsApp,” katanya.

“Sasaran saya selepas 3 bulan adalah lebih kurang 150 kilogram tapi sasaran sebenar saya sehingga hujung tahun untuk turunkan 80 kilogram, kalau dapat lebih bawah lagi bagus,” katanya.

 

Selain sokongan daripada isteri tercinta, Siti Norhidayah Mohd Ali. Rakannya, Achey dan Fad juga memberi sokongan padanya untuk turunkan berat badan.

Tidak terlepas juga sokongan daripada peminat Abam yang tidak putus memberi pujian dan semangat kepadanya.

Serius mantap bro, teruskan usaha

Abang dah susut dah tu..

Awak kurus nanti Abam macam mana nak guna ‘gemok is awesome?’

Omg nampak lah perubahan. Wow!

Senyap-senyap buat bam lepastu keluarkan result meletop!

Sumber: Instagram Abam Bocey, Kisah Dunia

 

(VIDEO) Lawak! “Aku Jumpa Kau, Aku Pukul Tanpa Henti Tau!” – Respond Achey Bila Kene Game Dengan Fikry Ibrahim

Pelawak dan pelakon Fikry Ibrahim, namanya kini kian hangat bertebaran di dalam drama televisyen tempatan kan? Berbekalkan perwatakan yang kelakar dan muka yang ala-ala Zayn Malik, ramai juga peminat wanita Fikry ni tau..

Menjadi pengacara Gema Gegar Vaganza, secara tidak langsung membuatkan ramai orang lebih mengenali dirinya. Okay je Fikry mengacara kan?

Fikry yang sentiasa memuat naik video-video lawaknya di Instagram tidak pernah gagal membuat pengikutnya geli hati. Terbaru, dikatakan Fikry sedang menginap di hotel. Istimewanya, hotel ini mempunyai pandangan yang menarik sekali kerana berada di tepi pantai! Wah..

Menerusi video yang dimuatnaik itu, Fikry tidak sabar ingin berkongsi pemandangan indah yang berada di balik langsir hotelnya. Sehinggalah..

Best view ever! Beautiful beach..

Best view ever! Beautiful beach😄

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

Rupa-rupanya pemandangan tepi pantai yang dikatakan best sangat tu hanya ‘indah khabar dari rupa’. Memang betul ada pemandangan tepi pantai tetapi ia sebenarnya hanyalah sebingkai gambar yang besar berlatar belakangkan pemandangan pantai! Aduhai kena game semua ye..

Rata-rata netizen agak geram dengan kenakalan Fikry mengenakan semua pengikut Instagramnya, Achey juga tak sabar mahu pukul Fikry! Hehe..

Marah betul Achey! Hahaha

Hahaha kena game, ppuih!

Bapak ahh kena tipu

Berapa tahun dah orang tu tak gerak?

Sumber: IG Fikry Ibrahim, Kisah Dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*