“Kakak dia pun macam nak menangis, tak sangka adik dia buat macam tu” Viral budak 12 tahun raba wanita dalam bas

PETALING JAYA: Biarpun baru berusia 12 tahun, perlakuan keji seorang kanak-kanak lelaki mengundang kemarahan pelayar media sosial.

Menerusi satu posting yang ditularkan di laman Facebook, seorang wanita berkongsi kisahnya yang hampir dicabul dalam sebuah bas baru-baru ini.

Wanita berkenaan, Nuraishah Laziman, 26, dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Putrajaya sebelum tersedar sekitar 2.30 pagi akibat percubaan ‘liar’ kanak-kanak itu.

“Sewaktu sedang nyenyak tidur, saya rasa macam ada orang sentuh sekitar leher. Rupanya lelaki tu sedang masukkan tangan melalui kolar baju saya.

“Saya buka mata, nampak dia sedang berdiri dari kerusi hadapan dan membongkokkan badannya merapati saya.

“Memang terkejut dan menggigil masa tu, dia pun terus tarik tangan dan kembali duduk di kerusinya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Dia yang mesra disapa Sha bagaimanapun hanya berdiam diri pada waktu itu dan tidak mahu menimbulkan kekecohan kerana semua penumpang lain sedang nyenyak tidur.

Malah, dia juga menyangka si pelaku merupakan seorang lelaki dewasa berdasarkan fizikalnya yang tinggi.

Sekitar sejam selepas kejadian itu, dia yang tidak dapat melelapkan mata terlihat lelaki itu seolah-olah sedang mendekati kerusi seorang penumpang lain, berkemungkinan untuk mencuri barangan peribadi miliknya.

“Saya terus suluhkan lampu telefon ke bahagian kepala dia dan tanya apa yang sedang dilakukan.

“Wanita bersebelahannya yang sedang tidur pun saya kejutkan. Rupanya dia kakak kepada lelaki itu.

“Setelah disoal, dia mengaku lelaki itu merupakan adik kandungnya yang baru berusia 12 tahun,” ujar Sha yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar si pelaku.

Menurut Sha lagi, wanita itu kemudian memohon maaf bagi pihak adiknya setelah dia menceritakan apa yang berlaku ketika dia sedang nyenyak tidur.

“Kakak dia pun macam nak menangis, tak sangka adik dia buat macam tu, dia minta settle dan tak nak besarkan kes ini.

“Yang saya geram, adik dia buat muka tak bersalah je. Ikut hati memang rasa marah, tapi saya kesian pada kakaknya. Bila fikir balik, menyesal tak lempang muka dia,” katanya lagi.

Wanita itu turut memaklumkan bahawa dia dan adiknya dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah menziarahi datuk mereka yang sedang sakit.

Sementara itu, Sha yang tidak membuat sebarang laporan mengenai kejadian itu mengakui serik untuk menggunakan perkhidmatan bas pada masa akan datang.

Tambahnya, biarpun kejadian berlaku pada Isnin lalu, perasaan trauma masih menebal dan gambaran peristiwa itu juga masih terbayang jelas di mindanya.

Perkongsian Sha di laman Facebook turut menerima reaksi orang ramai yang rata-ratanya mengaku terkejut dengan perlakuan kanak-kanak tersebut.

“Like what? Baru 12 tahun, eeee jijiknya perangai. Baju pun parents belikan lagi ada hati nak meraba orang. Patut bagi tamparan maut je, baru tahu tinggi rendah langit tu… ishh geram pulak rasa,” tulis Tyra Mohamad.

“Allahu.. ingat orang besar (dewasa), sekali budak lagi. Kesian ada, nak marah pun ada,” tulis seorang lagi pelayar Facebook.

KENA GANGGUAN SEKSUAL DALAM BAS!!!! AMBIL PERINGATAN TERUTAMANYA PEREMPUAN. SILAP BESAR AKU TAK BAGI PENAMPAR TADI!!

Menggigil tangan, bila jadi kat diri sendiri baru tahu. Yang tak pernah kena tu memang tak rasa apa, boleh gelak2. Rasa trauma sampai sekarang ya Allah taktau nak cakap. Pertama kali dalam hidup kena macamni

Dalam bas balik semalam, bas bertolak lebih kurang pukul 12.30 malam. So, dapat seat tiga dari belakang. Tanya driver, boleh tukar tak nak seat single atau tempat lain kosong, sebab mcm tak selasa duduk belakang tepi tingkap ada lelaki, driver cakap takde kosong, seat tak boleh tukar so kena duduk jelah. ok takpe tak kisah duduk macam biasa, sebeb sebelum ni naik bas, ok je tak ada apa.

Lebih kurang pukul 2.30 pagi, tengah nyenyak tidur rasa ada tangan orang menjalar dekat bahagian tengkuk nak masuk ke baju, (dia sentuh dari dalam tudung ok, bukan sentuh kat luar) memang sensisitif dan cepat terjaga, so terus terbangun. Kau bayang aku nampak apa? Lelaki kat seat depan (tengok gambar) tengah bangun berdiri kat kerusi dia, mengadap aku, kau bayangkan dia punya berani tu masukkan tangan bawah tudung aku, dengan kat belakang nie ada ramai lagi (tapi semua tidur mati kot) bila2 je boleh kantoi berani sungguh jantan ni. WEI LEVEL JANTAN NIE BERANI TAHAP APA? sebelah aku ada orang kot. aku terus terjaga tiba-tiba, panik jap, dia punya gelabah terus duduk balik tempat dia, tarik kerusi dia ke depan. kau bayangkan kalau aku tak terjaga, tidur mati

aku menggigil rasa nak menjerit menangis, terus tak boleh tidur, time tu fikir bangun nak maki je tapi kau sabar jap sebab semua orang tengah tidur tak nak ganggu. Tahan nangis. Dia ingat aku dah tidur balik kot, dalam pukul 3.30 pagi aku nampak dia tengah terjenguk2 pakcik sebelah tak tahu nak buat apa, macam nak mencuri. Aku bangun dari kerusi terus suluh dia guna kamera phone. aku tanya KAU NAK BUAT APA TU?!!!! terkejut lelaki tu. aku lagi terkejut sebab ingat lelaki besar rupanya budak lagi (macam sekolah rendah wei) muka budak sangat!!

Aku terus tanya KAU NAK RABA AKU KAN TADI?? KAU BUAT APA TADI KAU INGAT AKU TAK NAMPAK? muka dia dah cuak, aku kejut kakak dia kat sebelah, masa nie aku tak boleh tahan marah dah. aku cakap adik dia cuba nak ambil kesempatan kat aku, aku suruh tanya adik dia sendiri. Dia tanya betul ke kau cuba nak raba akak nie buat bukan2? budak nie angguk. dia mengaku muka bodoh tak bersalah. (masa nie tak ingat nak record sebab tangah tahan marah + nak nangis) aku duduk tempat balik.

Still tak puas hati, dalam sejam lepastu, aku tanya kakak dia adik dia umur berapa semua (masa nie dah cakap baik2 sebab kesian dekak akak dia macam nak nangis dah, NASIB KAU SEBAB AADA KAKAK KAU) sempat juga record video, ADIK DIA BARU DARJAH 6 WEI DAH PANDAI BUAT BENDA TAK SENONOH MACAM NIE! AKU TAK BOLEH BRAIN BUDAK UMUR 12 KOT!

Moga jadi peringatan kat semua perempuan kalau naik bas, hati-hati lah. Tak payah TIDUR takpe  Tak payah tunggu orang besar, budak sekarang darjah 6 dah pandai nak raba orang, nak mencuri. Trauma dia sampai sekarang aku rasa TANGAN BUDAK NIE MENJALAR KAT TENGKUK AKU NAK MASUK KE DALAM BAJU. Nasib baiklah Allah bagi aku sedar. lambat sikit je sedar, setel tangan dia dalam baju dah. Tengah terbayang wei nasib perempuan yang kena rogol semua tu, Allah la, kena macamnie dah rasa trauma sangat dah, orang yang kena lagi teruk? MEMANG LAYAK PENCABUL PEROGOL PENCURI SEMUA NIE KENA HUKUMAN BERAT!! Hidup pon tak guna kalau perangai macam setan!

AKU MEMANG INGAT NAK REPORT POLIS, TAPI SEBAB DIA BUDAK JE AKU LEPAS. KAU MEMANG NASIB BAIK SEBAB KAU BUDAK LAGI! TAPI RALAT SIKIT PATUTNYA AKU BAGI PENAMPAR SEKALI TADI SEBAB KAU MEMANG BIADAP BUDAK!

sumber : Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*