“Kalau tak cukup ilmu jangan jadi penyelamat!” Komen menghina penyelamat bomba yang terkorban ini mendapat pelbagai kecaman

nam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Komander Operasi JBPM daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Roslan Long ketika dihubungi berkata mangsa yang lemas terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi mangsa adalah daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Susulan kejadian ini, rata-rata netizen terkejut dengan khabar ini dan turut bersimpati ke atas setiap keluarga mangsa yang terkorban.  Arus deras yang datang tiba-tiba menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang di antara satu sama lain, yang dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai mereka tertanggal.

Dalam pada kita bersedih dengan tragedi ini, namun ada juga individu yang didakwa tidak bertanggungjawab apabila netizen menyatakan beliau telah menghina operasi menyelamat yang membahayakan ini.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik netizens di laman Facebook, seorang individu dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur keras dengan menyalahkan pihak bomba yang dikatakan tidak ada ilmu sehingga terkorban dalam misi menyelamat remaja lemas malam tadi.

Komen itu walau bagaimanapun mencetuskan kemarahan netizen lain yang menganggap kenyataan itu tidak sopan dan tidak wajar diberikan ketika semua pihak sedang bersedih.

Setelah mendapat hentaman hebat daripada orang ramai, individu ini akhirnya mengeluarkan kenyataan maaf melalui akaun Facebook miliknya menjelaskan rasa kesal yang sekaligus tidak menyenangkan hati semua pihak.

Pun begitu, kenyataan maaf itu disambut dengan kemarahan berganda netizen yang menyifatkan lelaki ini tidak sensitif dengan apa yang telah berlaku.

sumber : siakap keli

Semoga roh yang terkorban dicucuri rahmat

Posted by Kaki Jilat on Wednesday, October 3, 2018

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*