Kanak-kanak 12 Tahun Bercuti Seorang Diri Di Bali Selepas Mencuri Kad Kredit Ibunya

Gambar sekadar hiasan

SYDNEY – Seorang kanak-kanak lelaki bertindak mencuri kad kredit milik ibunya untuk melancong seorang diri ke Bali, Indonesia selepas bergaduh bersama ibu bapanya di rumah mereka baru-baru ini.

Budak lelaki berusia 12 tahun itu telah menempah tiket penerbangan dan hotel mewah di Bali selepas berjaya mendapatkan pakej pelancongan murah melalui internet.
Kanak-kanak tersebut telah menaiki penerbangan transit dari Sydney ke Perth dan kemudiannya terus ke Denpasar, Bali.

Dalam pada itu, dia juga berasa hairan mengapa orang ramai tidak menegurnya sedangkan dia seorang kanak-kanak dan hanya bersendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.
“Pegawai bertugas hanya meminta kad pengenalan pelajar dan pasport untuk membuktikan bahawa saya berumur 12 tahun dan belajar di sekolah menengah,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Emma berasa terkejut dan tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya selepas mengetahui anaknya itu ke luar negara seorang diri dan menginap di Hotel All Season yang bertaraf empat bintang.
– Agensi

Sumber : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*