“Kata bangkit dengan semangat baru, pergi ambik kepala punda tu lagi, bila nak berubah?” komen pedas Sharnaaz Ahmad selepas Zahid Hamidi terpalit dengan Skandal

Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad sangat lantang bersuara apabila ada isu yang dirasakan tidak kena di matanya. Luahan dan kritikan berkenaan dimuatnaik di akaun media sosialnya sebagai satu cara menunjukkan pendirian tegas pelakon Juvana ini.

Baru-baru ini Sharnaaz bersuara lagi mengenai pemilihan Umno yang terbaru dimana kerusi presidennya dimenangi oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi.

Ini komen Sharnaaz Ahmad

sumber IG Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz juga memberitahu beliau memang selama ini menyokong penuh parti UMNO, cuma tidak menyokong pemimpin mereka sebelum ini.

sumber IG Sharnaaz Ahmad

“kalau buang seekor kera, ganti seekor kera sama lah dapat taik kera dalam parti bukan taik unta” komen Sharnaaz lagi

BANGI, 16 Syawal 1439H, Sabtu – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipilih menjadi Presiden UMNO ketujuh, selepas memenangi pemilihan parti yang diadakan hari ini.

Berdasarkan keputusan setakat jam 9.40 malam tadi, Ahmad Zahid yang sebelum ini menggalas jawatan sebagai pemangku Presiden memperoleh 93 undi menewaskan empat pencabarnya, termasuk Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Khairy memperoleh 51 undi, sementara veteran UMNO, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li hanya mendapat 23 undi.

Sementara dua lagi pesaingnya, ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaluddin, masing-masing gagal memperoleh sebarang undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan melalui laman Twitter Pemilihan UMNO 2018, sebentar tadi.

Turut diumumkan Timbalan Presiden baharu UMNO yang berjaya disandang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau memperoleh 75 undi setakat jam 9.47 malam tadi, menewaskan pesaingnya, Tan Sri Annuar Musa dengan 55 undi.

Mesyuarat perwakilan UMNO yang bermula hari ini membabitkan 191 bahagian dengan agenda utama hanya untuk memilih barisan kepemimpinan peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi bagi sesi 2018-2021.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*