“Kau pergi la kahwin dengan dia, baru kau tahu dan kau telan balik ayat kau mangkuk”-Alyah mengamuk di IG Tok Ram

Bagi penonton setia Gegar Vaganza sudah tentunya terbiasa dengan guraun kasar hosnya Jihan Muse dan Nabil Ahmad dengan juri tetap, Dato’ Ramli MS. Setiap minggu ada sahaja benda yang ‘dibahan’ Jihan dan Nabil sehingga membuatkan penonton tidak kering gusi dibuatnya.

Sempena ulang tahun kelahiran Ramli baru-baru ini, pasangan hos itu dilihat mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkannya. Namun, komen isteri Ramli, penyanyi Alyah menimbulkan tanda tanya buat netizen.

Dalam video dimuatnaik Ramli yang mesra dipanggil Tokram itu, Jihan dan Nabil secara berseloroh seperti ‘menyembahnya’ sambil diselangi dengan gelak ketawa.

Apa yang menarik perhatian adalah komen ditinggalkan isteri Ramli, Alyah yang mengatakan sambutan hari jadi sebegitulah yang disukai oleh suaminya itu. Tambah Alyah, jika diadakan acara bacaan Quran di rumah, Ramli ‘panas’ dan akan keluar dari rumah.

Seorang netizen masuk meninggalkan komen Alyah tidak sepatutnya membuat kenyataan mengaibkan suami sebegitu walaupun hanya gurauan. Penyanyi itu kemudiannya meminta individu berkenaan tidak masuk campur.

Penyanyi Jutaan Purnama itu juga ada memuatnaik Instagram story yang memberi bayangan sedang mengalami emosi yang tidak stabil. Dia turut meminta supaya tidak dinasihati oleh sesiapa yang tidak pernah melalui kehidupannya.

Sumber: Alyah, Ramli MS via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*