“Kebanyakan Artis Semua Memang Penagih Pun, Lagi-lagi Yang Muka ‘Innocent’” Kecoh Uqasha Senrose Ditahan Kerana Memiliki Dadah, Ini Pendedahan Zarina Anjolie

Siapa tak kenal dengan Zarina An Joulie. Yang dahulunya penuh dengan kontroversi, tapi selepas mendirikan rumah tangga beliau lebih menjaga keterampilan serta sikapnya. Tapi sekarang semua kenal beliau dengan seorang yang lebih keras dalam memberikan pandangan.

Baru-baru ini kita dikejutkan, pelakon Uqasha Senrose ditahan di balai polis selepas kemalangan dengan kenderaan lain. Hasil siasatan polis, terdapat beberapa paket dadah jenis Er1m1n 5. Setelah diambil keterangan dan hasil ujian air kencing, Uqasha dilepaskan dengan ikat jamin polis. Hasil keputusan juga menunjukkan Uqasha Senrose negatif dadah.

Respon Zarina Anjolie

sumber : IG Zarina AnJolie

Uqasha Senrose Ditahan Disyaki Miliki D4d4h

KUALA LUMPUR – Artis popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemuinya dalam keadaan khayal dan memiliki enam paket yang disyaki d4d4h jenis Eramin 5 ketika pemeriksaan tubuh serta beg tangan dibuat ke atasnya di balai Taman Tun Dr Ismail, pagi tadi.

Menurut sumber, pihak polis sebelum itu menerima panggilan berlaku satu kemalangan di hadapan sebuah rumah di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail.

Ketika tiba di lokasi kejadian, polis menemui seorang lelaki Cina yang memaklumkan kenderaan jenis Range Rover berwarna putih yang dipandu seorang wanita Melayu telah melanggar kereta Honda miliknya.

“Pemeriksaan awal anggota di tempat kejadian mendapati artis berkenaan dipercayai berada dalam keadaan khayal.

“Polis kemudian telah membawa artis terbabit ke balai bagi pemeriksaan lanjut,”katanya kepada Mynewshub di sini malam ini.

Tambahnya, kesemua dadah berkenaan yang berjumlah 53 biji dibalut dengan kertas aluminium foil berwarna merah.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dihubungi media mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan terhadap artis wanita itu mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya diambil.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta D4d4h Berbahaya 1952.

Sumber Mynewshub

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*