Kecoh!! Zarina Anjoulie ditahan polis?

BUKAN kali pertama Zarina Anjoulie Lavocah dikaitkan dengan dadah. Pada tahun 2010 dia pernah ditahan dalam satu operasi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sepang, bagaimanapun ujian air kencingnya menunjukkan dia negatif daripada pengaruh dadah.

Sepi seketika kemudian muncul pula dengan kontroversi dibayar untuk beraksi separuh panas dalam sebuah majalah di Indonesia, sepanjang minggu pelakon itu muncul semula dengan kes dadah terbaharunya.

Sudahlah ditangkap bersama temannya Mohamad Fakhruzaim atas dakwaan memiliki dua biji pil Eramin 5 pada 30 Disember lalu, Zarina yang mengaku tidak bersalah di mahkamah pada Rabu lalu tidak dijamin oleh mana-mana ahli keluarganya sehingga pukul 4 petang. Hasil kegagalan itu, dia terpaksa diheret ke Kompleks Penjara Kajang, Selangor.

Nasib teman lelakinya tidaklah semalang Zarina kerana dijamin oleh abangnya. Sebelum itu pelakon yang masih bergelar pelajar sebuah kolej swasta itu telah direman selama tiga hari di lokap polis.

Sempat merasa masuk penjara yang sebenar, Jumaat lalu pelakon yang pernah membintangi drama Anak Pontianak itu bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin oleh adik perempuan tirinya sebanyak RM2,000. Zarina, 27, yang berbaju kelabu dan berseluar merah jambu, dijamin kira-kira pukul 10 pagi (Jumaat) di bilik jamin Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Kes itu akan disebut semula 8 Februari nanti. Dakwaan ke atas Zarina dan rakannya dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Zarina yang dihubungi Sensasi Bintang bagaimanapun tidak sempat untuk berbual panjang kerana keletihan dan kehabisan bateri telefon.

“Betul saya ditahan, kena dua malam dalam penjara dan lega sekarang dibebaskan. Maaf saya tak dapat berbual panjang, telefon saya kehabisan bateri,” katanya dalam nada biasa.

Ini kes tahun 2013 tapi sekarang Zarina dah berubah. Biasalah masa tengah baru nak ‘up’, darah muda lagi. Kita lupakan kisah tu, buang yang keruh ambil yang jernih.

Perkara tersebut dikukuhkan lagi apabila dia menjawab pertanyaan peminatnya dengan menggelarkan lelaki tersebut sebagai suaminya. Melalui muatnaik gambar Instagram Zarina sebelum ini dengan bertudung litup, kemungkinan juga majlis pernikahan tersebut berlangsung ketika di pulang ke Ipoh baru-baru ini.

Zarina baru-baru ini telah mengaku salah di mahkamah kerana memiliki dadah dan dalam beberapa muatnaik perkongsian gambarnya di Instagram turut menyatakan bahawa dia betul-betul mahu berubah di samping mahu menjadi isteri dan muslim yang lebih baik

Gambar Zarina masuk lokap pada tahun 2013 kembali viral

Fatiya latif la yang muatnaik kembali gambar tersebut. Siapa tak tahu tentang hubungan ‘BFF’ Zarina dan Fatiya. Zarina juga sering memuatnaik gambar Fatiya di laman IG peribadinya. Kesan dari pada muatnaik gambar tersebut, ramai juga yang bertanyakan Zarina mengenai kesahihan gambar tersebut.

Dikhabarkan ibu Zarina yang sedang tunaikan haji juga terkejut dengan gambar yang dimuat naik tersebut.

Memang kelakar la mereka berdua ni, selepas dari kejadian itu. Zarina balas dendam dengan memuat naik nombor telefon Fatiya. Apa lagi, memang dihujani dengan notifikasi ‘whatsapp’ dan panggilan la telefon Fatiya.

sumber : IG Zarina dan IG Fatiya Latiff

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*