Keindahannya nampak macam tasik di luar negara, tapi sebenarnya berada di Malaysia ramai yang belum tahu

Jasik Puteri Bukit Besi mungkin tidak sepopular Tasik Biru Tadom Hill. Bagi rakyat Terengganu, mungkin ramai yang masih belum tahu keistimewaan tasik buatan manusia ini dinegeri kelahiran anda ini. Bagi orang luar dari Terengganu, ada yang langsung tak tahu kewujudan tasik buatan manusia ini di Terengganu

Sebenarnya ia agak popular di kalangan pelajar Uitm Bukit Besi memandangkan jarak antara kedua tempat ini tidaklah jauh iaitu kira-kira 6 km sahaja.

LOKASI TASIK PUTERI BUKIT BESI

Bandar Bukit Besi terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Dungun. Jika dari Kuala Terengganu, anda akan mengambil satu simpang menghala ke Bukit Besi. Jaraknya kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 menggunakan jalan Jerangau-Jabor.

6 km dari tasik ini, terletaknya pusat pengajian Uitm Bukit Besi. Lokasi Tasik Puteri ini sebenarnya terletak di dalam kawasan padang golf Tasik Puteri Golf Club.

BEKAS TAPAK PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH

Bukit Besi ini merupakan tempat perlombongan bijih besi sejak tahun 1939 di daerah Dungun yang dijalankan oleh sebuah syarikat dari jepun iaitu Nippon Mining Company. Operasi perlombongan ini terus berlangsung sehingga zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Bijih besi ini diangkut keluar melalui jalan kereta api. Laluan kereta api ini dibina dari Bukit Besi sehingga ke jeti Sura. Setelah Jepun menyerah kalah semasa Perang Dunia Ke -2, aktiviti perlombongan dihentikan kerana tiada permintaan dari negara luar terutamanya Jepun.

Setelah itu, British yang mengambil alih lombong ini telah menjual lombong bijih timah ini kepada Syarikat Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO). Perlombongan secara besar-besaran dilakukan untuk tujuan eksport ke luar negara sehinggalah ia terpaksa menghentikan aktiviti perlombongan ini disebabkan hasil bijih timah semakin berkurangan dan syarikat mengalami kerugian yang besar.

Pada 1 Oktober 1970, EMMCO telah menutup perlombongan di Bukit Besi secara rasminya.

SEJARAH PENINGGALAN

Setelah dimajukan semula sebagai tapak rekreasi oleh pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), galeri peninggalan artifak perlombongan seperti chimney, stock pile dan tin plant dibuka untuk lawatan orang ramai yang beriadah dan berekreasi di Tasik Puteri Bukit Besi.

Walaupun barangan peninggalan sejarah ini telah tidak berfungsi dan mengalami kerosakan, namun pihak KETENGAH menjadikan ia sebagai galeri untuk tatapan generasi muda dan akan datang supaya supaya titik pembangunan sejarah Dungun tidak dilupakan.

TAMAN REKREASI

Salah satu keindahan yang boleh disaksikan di Bukit Besi ialah kewujudan tasik buatan manusia iaitu Tasik Puteri. Melihat air tasiknya yang biru dan menghijau, ditambah pula dengan ketenangan pepohon hijau disekitarnya, menjadikan kawasan rekreasi ini begitu mendamaikan dan memberikan ketenangan.

Suasana persekitaran tasik terasa sejuk dan nyaman. Pengunjung bukan sahaja boleh menikmati keindahan Tasik Puteri, malah disediakan satu kawasan berlatar belakang air terjun yang boleh anda mandi dan berenang.

Ada tempat mandi yang cetek sesuai untuk kanak-kanak dan yang tidak tahu berenang. Bagi yang mahir berenang, bolehlah mandi di kawasan air yang agak dalam di mana dasarnya begitu biru menghijau.

Saksikan Video di Youtube oleh Muhd Azrie yang dirakam menggunakan kamera GoPro semasa keseronokan beliau mandi dan menyelam bersama rakan-rakannya di kawasan Air Terjun Tasik Puteri Bukit Besi.

Pengunjung boleh menjadikan kawasan persekitaran tempat mandi ini sebagai tempat perkelahan. Bolehlah membawa makanan dari rumah sebagai bekalan atau jika malas untuk memasak, tidak perlu risau kerana di sini ada warung yang menjual makanan ringan seperti goreng pisang dan cempedak goreng.

PENGINAPAN DI SEKITAR BUKIT BESI

Bagi yang berkunjung ke Dungun, Terengganu untuk bercuti dan rasa berminat untuk menginap di kawasan persekitaran Bukit Besi untuk beberapa hari, ada beberapa resort dan lodge yang berdekatan.

  • Tanjung Jara Resort
  • Ulek Beach Resort
  • Wan’s Beach Guest House
  • Saba Lodge Dungun

sumber  artikel : Sini.com

sumber video : youtube channel MYTH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*