“Kena Paksa Buka Tudung, Wang Pula Ditipu,” Penyanyi Yuna Dedah Suka Duka Di Amerika Syarikat

7 tahun penyanyi Yuna Zarai bertapak dalam industri hiburan di Amerika Syarikat (US). Rezekinya juga tidak putus apabila ditawarkan peluang berduet bersama penyanyi Usher, Jhene Aiko dan DJ Premier.

Disebalik kejayaan dan pencapaian penyanyi ini, terdapat seorang yang bertanggungjawab dalam usaha menaikkan nama Yuna Zarai sebagai penyanyi antarabangsa. Ini ucapan ikhlas Yuna buat pengurus peribadinya. Sangat menyentuh hati…

Tanpa awak, saya takkan berada disini

Menerusi Instastory penyanyi ini, dia berterima kasih buat pengurus peribadinya yang telah banyak berkorban demi karier nyanyian Yuna. Malah, dia juga bersyukur pengurus peribadinya, Wawa masih setia bersama sehingga hari ini.

Wawa juga bertanggungjawaab mendapatkan peluang kerjaya buat Yuna di luar negara. Mereka sama-sama belajar banyak perkara untuk menembusi pasaran hiburan antarabangsa.

Kita banyak belajar bersama

Mereka juga pernah menghadapi masalah kewangan dan terpaksa kuat untuk bertahan dalam industri. Inilah pengurus peribadi Yuna Zarai yang banyak membantu sehingga penyanyi ini menempa nama dalam industri tempatan dan antarabangsa.

Yuna adalah ‘bintang’

Peminat terharu ucapan ikhlas Yuna

Sumber: Nur Afiqah via Naan Cheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*