“Kerajaan kejam, anak saya sakit kanser tahap 4” Ini komen balas netizen yang membuatkan penyokong UMNO terdiam

Puteri Norlisa, anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghidap kanser tahap empat (akhir), dilaporkan tertekan susulan pembekuan akaun banknya.

Adiknya, Datuk Mohd Nazifuddin berkata, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norlisa, 37, sukar membayar bila hospital bagi rawatan kimoterapi bagi kanser darah, lapor Utusan Online.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser.

“Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata.

Najib: K’jaan zalim beku akaun saya & anak-anak

SPRM baru-baru ini dilapor membekukan akaun Puteri Norlisa bersama anak Najib yang lain, iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman dan Mohd Nizar susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Norlisa dilapor dikesan menghidap kanser tiga bulan lalu dan kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.

“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata.

Laporan itu tidak menyebut Norlisa dirawat di hospital mana.

Nazifuddin berharap kerajaan Pakatan Harapan lebih prihatin terhadap nasib kakaknya.

Sementara itu, Najib dalam kenyataannya di Facebook hari ini mendedahkan cek peribadinya untuk membayar bil hospital anaknya ditendang bank.

Perkara itu membuatkan beliau sedar akaun banknya dibekukan.

Najib bagaimanapun berkata beliau difahamkan akaun bank anak-anaknya tidak lagi dibekukan bermula pagi ini.

Beliau justeru berkata, tindakan itu membuktikan pembekuan sebelum ini sebenarnya tidak berasas.

sumber : Malaysiakini

“Orang nak pakai duit untuk berubat!”

Ini komen Netizen yang paling win

sumber : Facebook

4 Comments

  1. Kerajaan bekukan account cuma sebab disyaki duit 1MDB yg digunakan untuk deposit kedalam account tu…saya syorkan guna lah duit lain yg tak bersangkutan dgn issue rasuah, penipuan sebab itu mungkin ujian Allah dan hanya Allah yang akan sembuhkan…bimbang kalau masih guna duit duit haram akan mengundang lebih murka Allah..

  2. masuk la hospital kerajaan…kerajaan tanggung semua tu..tak payah membazir sangat…dah puas membazir pon…rakyat msia yang miskin ni ramai yang kena kanser tahap 4 dan lain…p jer hospital kerajaan takde pon mintak derma bagai. Bukan tak kesian…tapi jgn jadikan iti isu dan alasan.

  3. Mereka Di Cover dgn insurance , Mereka Pernah Hidup Kaya raya , Hanya Sementara Hidup susah , Kita yang dari lahir memang hidup susah , Apapun kena usah sendiri , tak pernah ada insurance untuk diri sendiri mahupun keluarga , sakit macam mn pun hanya hospital kerajaan , Itu pun x mampu nak caj rawatan, Beza Orang kebanyakkan dengan anak Perdana Menteri mALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*