Kerana tidak boleh tahan kemarahan, wanita ini bertindak gila dengan melanggar..

Jangan Main-Main dengan Perempuan, Lihat Tindakan Wanita ini Apabila Kereta Ini Ingin Melanggarnya…

Wanita gigamabrkan sebagai seseorang yang penuh kelembutan dan sopan santun, tetapi sesekali jika mereka naik angin, memang buruk padahnya. Seperti video yang menjadi viral di media sosial, seorang wanita dilihat berjalan keluar dari kereta selepas meletakkan kenderaannya

Tiba-tiba sebuah kereta ingin melanggarnya membuatkan wanita ini terkejut. Berang dengan tindakan tersebut, dia tekad ingin memberi pengajaran berguna kepada pemandu kereta yang biadap tersebut . Tidak habis di situ, wanita ini kembali ke keretanya dan menghidupkan kereta semula untuk mengejar kereta tersebut

Dilihat kepada keretanya, dia juga melanggar kereta di depannya semasa keretanya keluar dari parking – Anda boleh dengar bunyi yang sangat kuat. kereta yang ingin melanggarnya belum keluar kerana terdapat penghadang. Dia tekad melanggar belakang kereta tersebut dengan begitu kuat!

Kepada pemandu diluar sana, sila berhati2. Pemandu ini mesti menyesal dengan apa yang terjadi, apa salahnya anda memberhentikan kereta dan melihat keadaan wanita itu seblum keadaan menjadi lebih buruk

Tonton VIDEO Penuh di Bawah

Memang malang bagi kereta tersebut, walaupun kereta wanita itu juga rosak teruk tetapi mungkin hatinya sedikit puas selepas melanggar kembali kereta tersebut. Jangan cuba meniru aksi wanita itu ya. Selesaikan baik-baik…

Tips Apa Perlu Buat Jika Kereta Anda Kena Langgar Dari Belakang

1. Bila anda tahu kereta anda telah dilanggar dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang. Ingat, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Jika tidak, sudah tentunya kesesakan lalulintas akan berlaku disebabkan kereta anda ‘tersadai’ di tengah-tengah jalan.

3. Pastikan pemandu yang melanggar kereta anda itu turut memberhentikan kenderaannya. Selepas itu, segeralah ambil telefon pintar anda untuk mengambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan tersebut.

4. Setelah pemandu kenderaan tersebut keluar daripada kenderaannya, jangan terus memarahi atau memaki hamun macam orang hilang akal. Sebaliknya, tunjuklah rasa hormat dengan bersalam atau menyapanya dengan cara baik.

5. Mulakan perbualan anda dengan bertanyakan kepada pesalah berkaitan pelanggaran tersebut.

Tips: Kawal nada suara dan kemarahan anda. Jangan sesekali bertengkar atau menyalahkan sesama sendiri kerana ianya bukan sahaja tidak memberi jalan penyelesaian, malah membuang masa pengguna jalan raya lain untuk meleraikan pergaduhan anda.

6. Bertindak profesional dengan meminta dokumen penting seperti kad pengenalan atau lesen memandunya dan sekali lagi keluarkan telefon pintar anda yang canggih itu untuk ambil gambar.

7. Sekiranya si pemandu yang melanggar kereta anda itu masih berkeras atau tidak mengaku bersalah, cara terbaik yang patut anda lakukan ialah dengan tidak memaksa dia mengaku atau bayar wang kepada anda. Sebaliknya, beritahu dia bahawa mengikut undang-undang sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan yang lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

8. Jika dia mengaku bersalah, mintalah dengan cara baik untuk dia menanggung kos pembaikan kereta anda yang telah rosak.

Tips: Jangan minta wang daripadanya. Ajak orang yang melanggar kereta anda itu pergi ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai kos membaiki kerosakan kereta anda. Cuba sebaik mungkin untuk terus pergi pada masa itu juga. Jangan bertangguh walaupun anda ada urusan lain. Segera selesaikan perkara tersebut dan anda boleh teruskan urusan anda yang lain.

9. Jangan lupa untuk ambil nombor telefon atau kad bisnesnya supaya mudah untuk anda menghubunginya nanti.

10. Andai dia masih berkeras tidak mengaku bersalah dan tidak mahu menanggung kos pembaikan kereta anda, jangan naik angin atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah. Biarkan dia pergi kerana anda telah mendapat segala info berkenaan dirinya dan kenderaan yang dipandunya.

11. Dengan maklumat yang telah anda peroleh, segera buat laporan polis di balai polis yang berhampiran.

12. Berbekalkan laporan polis tadi, pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang melanggar kereta anda tadi.

13. Selepas itu, terus pergi ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta mereka uruskan third party claim untuk membaiki kerosakan kereta anda.

Penulisan asal : azharskyfeelauto via celotehsaje.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*