(LIVE Pembebasan Anwar) “Kerjasama dengan Dr M ‘sangat penting’ dalam menumbangkan BN” Pengakuan Anwar Ibrahim

Kerjasama dengan pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sangat penting dalam menumbanghkan pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional (BN) di Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu temubual.

Dia dilaporkan memberitahu Sydney Morning Herald bahawa selepas menghabiskan banyak tahun bekerjasama dengan Mahathir, beliau memahami bahawa Mahathir sangat mengambil berat tentang Malaysia.

Anwar berkata perkongsian baru sangat penting untuk menangani sistem korup yang sudah berakar umbi yang melanda Malaysia.

“Selagi ada komitmen yang ikhlas terhadap prinsip-prinsip ini, kami sentiasa mengalu-alukan penyokong baru…”

Anwar dilaporkan menyatakan keyakinan bahawa beliau akan dapat bekerjasama dengan bekas mentornya itu sekali lagi.

Berikutan keputusan pilihan raya yang mengejutkan minggu lepas yang menyaksikan tumbangnya keraaan BN, permohonan pengampunan Anwar telah dipercepatkan.

Malah, Anwar mungkin dibebaskan hari ini dan jika mendapat pengampunan tersebut, Anwar boleh terus kembali berpolitik.

Dalam temubualnya itu, ,Anwar dilaporkan mengingatkan bahawa Malaysia masih akan menghadapi cabaran di masa depan.

Tugas mendesak yang menunggu di hadapan termasuk menangani perkauman sistemik, kebebasan kehakiman, kedaulatan undang-undang, media bebas, dan memastikan pemisahan kuasa yang sepatutnya, katanya seperti yang dilaporkan.

sumber : Malaysiakini

Live Kebebasan DSAI

Kisah Ringkas Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Ibrahim

Dulu semua orang ingat Anwar akan join PAS

Sebelum jadi ahli politik lagi Anwar dah terkenal sebagai seorang pemimpin yang disegani. Dia merupakan salah seorang pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan juga presidennya yang kedua. Oleh kerana perjuangan ABIM adalah berlandaskan Islam, mereka memang selalu dikaitkan dengan PAS

Anwar sewaktu dia jadi presiden ABIM.

Anwar sewaktu dia jadi presiden ABIM. Imej dari Twitter Anwar.

Tapi pada tahun 1982, semua orang terkejut bila Anwar mengumumkan akan menyertai musuh ketat PAS iaitu UMNO, dan pengumuman ni dibuat di hadapan Tun M sendiri.

Tun M waktu tu pulak baru setahun jadi Presiden UMNO. Tun M memang dari dulu pun ada dalam UMNO, tapi perjalannya ke pucuk pimpinan penuh dengan ranjau dan duri. Tun M pernah kena tendang keluar UMNO oleh mantan Perdana Menteri sebelumnya, tapi kena tarik balik masuk parti oleh bekas PM yang lain. Lepas tu dia sendiri jadi PM dan mula merombak kabinet dengan pemimpin-pemimpin yang dipercayai untuk menerajui negara.

Gambar lama Anwar dan Tun M.

Naiknya Anwar, anak emas tun M sendiri

Anwar Ibrahim tak buang masa bila dia dah join UMNO. Dalam tahun pertamanya, dia bertanding untuk jadi Ketua Pemuda UMNO dan menang! Tapi tu baru sikit je dia tunjuk taring, sebab lepas tu Anwar naik pangkat jadi Menteri Kebudayaan, Belia, Sukan dan Pertaninan dan kemudiannya Menteri Pendidikan… dalam masa 4 tahun sahaja! Dan Tun M macam tak kisah bila Anwar naik secepat ini.

Tapi Anwar tak berhenti kat situ je, sebab dia target peranan yang lebih tinggi iaitu… Timbalan Perdana Menteri. Pada tahun 1993, Anwar bertanding menentang Tun Ghafar Baba yang pada tu berumur 68 tahun, iaitu 20 tahun lebih tua daripadanya dan merupakan otai lama UMNO.

Tun Ghafar Baba.

Konfem la korang dah tau siapa menang kan. Anwar jadi TPM, dan Tun M macam rilek je biarkan dia ambil tempat Tun Ghafar, yang sebelum tu merupakan penyokong Tun M bila UMNO berpecah.

Anwar telah dilantik jadi Menteri Kewangan dua tahun sebelumnya, tapi bila dia jadi TPM, Anwar jadi buah mulut orang ramai bukan je kat Malaysia, malah seluruh dunia.

Satu dunia menyanjung Anwar. Imej dari Time Magazine.

Ramai yang kata Tun M memang nak Anwar ganti dia selepas pencen, tapi semuanya berubah sewaktu krisis kewangan berlaku.

Krisis kewangan yang menjadi krisis kepimpinan

Mungkin (mungkin la) kalau Krisis Kewangan Asia tahun 1997/98 tak melanda Malaysia, kita dah dapat Anwar sebagai PM selepas Tun M. Apa pun, krisis ni memang disebut sebagai mulanya keretakan hubungan antara mereka.

Anwar sebagai Menteri Kewangan mempunyai pendapat yang sangat berbeza dengan Tun M tentang macam mana nak menghadapi krisis tersebut. Anwar nak kawal dan potong perbelanjaan, tapi Tun M nak galakkan perbelanjaan bagi meneruskan kegiatan ekonomi. Sampailah Tun M terpaksa tubuhkan majlis ekonomi untuk menghadapi krisis tersebut TANPA Menteri Kewangan di dalamnya.

Anwar tak puas hati, tapi ini telah merangsang dia untuk satu matlamat terakhir: Mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun M sendiri.

“Menjelang perhimpunan UMNO pada Jun (1998), dia bercakap tetntang kelemahan dalam polisi dalaman’ dan memberi amaran yang ‘kita mungkin berdepan dengan situasi di Indonesia di mana rakyat inginkan perubahan. Dan kita perlu berubah sebelum terlambat.’” – Anwar Ibrahim, dipetik daripada CNN.

Pada malam sebelum Perhimpunan Agong UMNO 1998, penyokong kuat UMNO waktu tu iaitu Zahid Hamidi (iye betul tak tipu) mendakwa adanya amalan kroni dalam UMNO, dan Tun M menanggap ini sebagai ancaman daripada Anwar dan pengikut-pengikutnya.

Tun M pun pecat Anwar daripada jawatan TPM dan juga UMNO dan tak lama lepas tu, Anwar mulakan gerakan ‘Reformasi‘ untuk membantah pemecatannya, dan juga untuk menentang kerajaan. Dia mengetuai puluhan ribu orang datang menuntut Tun M meletakkan jawatan sebagai PM. Anwar ditahan, dan sekitar masa yang sama dakwaan kes liwat Anwar mula tersebar.

Anwar akhirnya didakwa atas korupsi dan liwat, dan dijatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun. Tun M pulak berjaya menstabilkan ekonomi negara dengan mengikat ringgit kepada matawang Amerika, dan terus jadi PM selama beberapa tahun sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada anak muridnya Pak Lah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*