Kes Altantuya Bakal Dibuka Semula: Akhirnya remaja ini dedahkan siapa dalang sebenar

SHAH ALAM – Kehadiran bekas anggota unit tindakan khas, Sirul Azhar Umar yang dihukum mati selepas didapati bersalah dalam pembunuhan berprofil tinggi wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tidak diperlukan untuk membuka semula siasatan kes tersebut.

Peguam dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh berkata, masih ada banyak saksi lain yang boleh dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Tambahan pula, pengetahuan Sirul berkenaan siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut kemungkinan besar adalah terhad.

“Walau bagaimanapun, Sirul masih boleh bantu siasatan sekiranya dibawa pulang (ke Malaysia) dengan berkongsi apa yang beliau tahu,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramkarpal yang juga peguam kepada bapa Altantuya kini sedang menguruskan perjalanan Shaariibuu Setev ke negara ini untuk bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka dalam tempoh seminggu dua ini.

Pada 8 Jun lalu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengkaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat untuk membuka semula kertas siasatan kematian Altantuya.
Beliau juga berkata, hukuman mati Sirul mungkin akan diganti kepada penjara seumur hidup bagi membolehkan bekas anggota UTK itu dibawa pulang ke negara ini.

Memetik laporan akhbar harian Britain, The Guardian, pihak berkuasa Australia telah meluluskan permohonan Malaysia untuk mengekstradisi Sirul dan dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh sebulan.

Bagaimanapun, laporan itu kemudiannya dinafikan Dr Mahathir pada sidang media Jumaat lalu.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri yang merupakan pegawai keselamatan Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu didapati bersalah atas tuduhan membunuh model sambilan warga Mongolia tersebut, 12 tahun lalu.

Kedua-duanya dibebaskan pada 2013, Sirul kemudiannya melarikan diri ke Australia dan ditahan di pusat tahanan Sydney Villawood.

Pembebasan mereka ditarik semula Mahkamah Persekutuan dan hukuman mati disabitkan.

sumber : Sinar harian

Anak Sirul Azhar Ugut Rahsia Pembunuhan Altantuya?

Sirul Azhar Umar pembunuh Altantuya masih di Australia dalam tahanan lapor Malaysiakini yang bercanggah laporan Berita Harian bahawa sumber Wisma Putra mengatakan Sirul sudah dibebaskan dengan bersyarat oleh imigresen Australia. – Gambar Greenboc Blogspot

Manakala di Malaysia laman sosialnya membincangkan kesahihan dakwaan individu mengaku anak Sirul Azhar di Facebook dengan nama samaran Shuk SZ. SZ mungkin singkatan bagi nama Sirul Azhar membuat pengakuan kononnya akan mendedahkan motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Anak Sirul Azhar Umar Australia

Baca dua ulasan dari blogger pro PR dan BN di bawah:

Memang pelik bila difikirkan seorang polis boleh membunuh seorang model tanpa tujuan. Kes misteri yang berprofil tinggi ini menjadi semakin hangat apabila anak Sirul Azhar memberi komen di facebook.

Dia menggunakan nama Shuk SZ. SZ mungkin singkatan bagi nama Sirul Azhar. Dia yang berada di Australia mungkin tak tahan dengan komen-komen mengkritik bapanya, Sirul Azhar Umar, anak kepada Sirul tampil memberikan ulasan di laman facebook berkaitan kes tersebut.

Bermula dua hari sudah, satu akaun Facebook atas nama Shuk Sz mulai muncul dan diperkatakan apabila salah satu kenyataannya ialah, DIA ADALAH ANAK Koperal Sirul Azhar yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shiiribu.

Agak menarik juga kerana, daripada kenyataan yang dikeluarkan itu, ‘budak’ berusia 16 tahun itu tahu serba-serbi tentang perjalanan kes, tetapi tidak ada satu pun kenyataan atau keterangan ketika proses perbicaraan pun melibatkannya mahupun dipanggil untuk menjadi saksi oleh pihak peguambela yang diupah oleh pesalah.

Malah dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan juga, kenyataan bahawa ‘ada isu yang kalau dibongkarkan boleh menjahanamkan Malaysia’, juga langsung tidak disebut.

Dan lebih menarik lagi ialah, anak Sirul yang berusia 16 tahun itu dijaga oleh neneknya!

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*