“Kesian Cik B, mesti dia malu duduk atas pentas tu” Tindakan Dato’ Seri Vida ini dikecam hebat oleh netizen

Dato Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan nama glamour dan gaya divanya, Dato Seri Vida merupakan usahawan, jutawan, selebriti, dan penyanyi dalam industri hiburan seni. Terkenal dengan trademark ” Qu puteh, qu puteh, baru lah puteh” menyebabkan netizen sudah mengenali pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan, Pamoga dan Qu Puteh.

Mempunyai anak yang berkulit hitam, dan jenis badan yang berisi menyebabkan anak Dato Seri Vida iaitu Cik B pernah dikutuk dan dihina oleh netizen. Apa tidaknya ibunya Dato Seri Vida seorang yang berkulit putih melepak, namun anaknya berlawanan warna kulit. Konteroversi tersebut pernah menjadi tular dalam laman media sosial sehingga menimbulkan kemarahan Dato Seri Vida

Namun kini, Cik B semakin diterima ramai oleh netizen ada sahaja netizen yang memuji Cik B sekarang. Apa tah lagi Cik semkin menginjak usia remaja, mesti mempunyai sifat ingin menjadi cantik seperti ibunya juga.

Dato Seri Vida juga sentiasa berusaha supaya anaknya yang pernah dihina suatu ketika dahulu menjadi seorang gadis yang cantik. Baru-baru ini juga Dato Seri Vida telah menghantar anak perempuannya itu ke salah sebuah saloon kecantikan rambut. Dato Seri Vida telah memuatnaik sekeping gambar Cik B di laman Instagram miliknya dengan kapsyen “Cik B kena paksa, redha atau tidak”.

Rata-rata netizen memberikan komen yang positif terhadap gambar yang dimuatnaik oleh Dato Seri Vida tersebut. Memang nampak muka Cik B dalam keadaan terpaksa, namun usaha ibunya itu untuk menjadikan dia seorang gadis yang cantik. Selalunya Cik B ni seorang yang kasar dan tidak suka ke arah gaya feminin.

Disebabkan Dato Seri Vida merupakan ibu yang up to date dengan style fesyen terkini, tidak hairan lah Cik B dihantar ke saloon rambut untuk menjaga penampilan diri. Ada juga netizen yang memberi pesan kepada Dato Seri Vida supaya tidak menyuruh Cik B untuk putih, kurus, dan sebagainya kerana benda tersebut boleh mendatangkan stress kepada Cik B.

Nampaknya peminat Dato.Seri.Vida sangat mengambil berat terhadap Cik B.

Sumber: IG Dato Seri Vida via kisahdunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*