“kita akan berusaha mendapatkan Pengampunan Diraja untuk Anwar dibebaskan, Barulah Beliau Akan Jadi Perdana Menteri, Bila? SECEPAT MUNGKIN” – Tun M

“Kita Akan Usaha Dapatkan Pengampunan Diraja Bila Dibebaskan 8 Jun Nanti. Selepas Itu, Barulah Beliau Akan Jadi Perdana Menteri – Tun M.

PETALING JAYA: Istiadat angkat sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ketujuh dijangka dilaksanakan hari ini di Istana Negara.

Dr Mahathir berkata, pihak istana sudah menghubungi beliau setelah mendapat tahu Pakatan Harapan (PH) mencapai undi majoriti meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membuat pengumuman rasmi.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, pihaknya dimaklumkan oleh SPR boleh membentuk kerajaan sendiri setelah mencapai majoriti 112 kerusi dan ia sudah pun dicapai berdasarkan kiraan tidak rasmi sendiri.

“Bila sudah capai undi majoriti dan hari ini (saya) sudah angkat sumpah di istana, PKR akan melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media PH di sebuah hotel terkemuka, hari ini.

Siaran langsung Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia yang Ke -7 itu dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada jam 9.30 pagi.

Yang turut hadir, Wan Azizah; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Mengulas lanjut mengenai barisan Kabinet baharu Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir berkata, ia akan mempunyai barisan lelaki, wanita dan orang muda.

“Kita akan ada wanita, lelaki dan orang muda. Setakat ini, kita hanya sudah putuskan nama bagi jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri selepas ini (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Selepas ini, kita akan berusaha mendapatkan Pengampunan Diraja untuk Anwar bila dibebaskan pada 8 Jun. Selepas itu, barulah beliau akan jadi Perdana Menteri.

“Tapi mengikut proses undang-undang sebelum boleh jadi Perdana Menteri, dia (Anwar) kena bertanding pilihan raya dahulu, kena jadi ahli parlimen dulu,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau belum dihubungi Datuk Seri Najib Razak mengenai kekalahan Barisan Nasional (BN).

“Najib gone (hilang)…Kita tak akan membalas dendam, cuma akan memulihkan undang-undang negara ini,” katanya.

sumber: KerepekTempe, Cegitu Cegini

Siar Kertas Undi Di FB, Lelaki Ini Bakal Berdepan Hukuman Penjara, Denda RM5,000

Siar Kertas Undi Di FB, Lelaki Ini Bakal Berdepan Hukuman Penjara, Denda RM5,000

Viral di media sosial gambar seorang lelaki yang berselfie di tempat mengundi dan menunjukkan kertas undinya dengan nombor siri, memangkah calon Barisan Nasional (BN) ddi DUN N40 Kota Anggerik, Shah Alam mengundang pelbagai reaksi netizen.

Individu terbabit yang dikenali sebagai ‘WIPA’ memuat naik gambar tersebut pada jam 8.12 pagi tadi di Facebooknya, sekali gus telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Meskipun telah ditegur oleh beberapa netizen lain, namun WIPA tidak mengendahkan, sebaliknya membalas teguran itu dengan makian dan kata-kata kesat.

Berdasarkan kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang disiarkan Bernama pada 3 Mei 2018 melarang pengundi menularkan gambar mana-mana dokumen seperti kertas undi, borang atau sampul berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Larangan itu bertujuan memastikan ketelusan undi adalah rahsia, tetap terpelihara dalam PRU14.

“Larangan ini meliputi semua jenis pengundian termasuk undi pos yang menerima dokumen pilihan raya sebelum pengundian awal atau biasa.

“Ia juga bertujuan memelihara keselamatan dan kepentingan awam sepanjang proses pilihan raya berlangsung,” katanya memetik laporan dari Bernama.

Beliau berkata, mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Individu terbabit juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi di mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun daripada sabitan itu.

the reporter via facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*