“Kita harus terima kenyataan BN sudah tidak ada, UMNO lebih kuat bersendirian” Nazri Abdul Aziz

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”.

“Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil.

“Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today.

Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat.

“Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya.

Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.

sumber : malaysiakini

BN ‘berkubur’ di Sarawak

KUCHING: Tepat seperti diramal, Barisan Nasional (BN) Sarawak dibubarkan hari ini, dengan parti-parti komponen membentuk perikatan baharu.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sekitar jam 11.50 pagi tadi berkata, pembubaran akan berkuat kuasa serta merta dan akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan demi kepentingan negara.

Jelasnya, gabungan baharu ini dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan usaha mendaftarkannya kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan akan dilaksanakan, selain memaklumkan Barisan Nasional, Speaker Dewan Undangan Negeri, Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara.

Abang Johari memberitahu, parti baharu ini akan mengambil pendekatan mesra Pakatan Harapan, tetapi tidak menyertai gabungan mereka.

Sehubungan itu, kedudukan wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak kekal berada di blok pembangkang.

Sarawak dijangka akan mengadakan Pilihan Raya Negeri selewat-lewatnya pada tahun 2021.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*