“Kita Tetap Tidak Benar Meraka Datang” – Suara Lantang Tun M Bekenaan Isu Skuad Israel Pada Kejohanan Renang 2019

KERAJAAN kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan maka ia adalah satu kesalahan.

“Kita tetap tidak benar… Kalau mereka mai (datang) juga ia adalah satu kesalahan.

“Jika mereka mahu menarik semula hak penganjuran kejohanan itu dari Malaysia sekali pun, mereka boleh berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) 1/2019 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan itu yang mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.

Ini memandangkan kejohanan itu dikatakan sebagai platform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) selaku penganjur kejohanan berkenaan turut dilaporkan berdepan situasi ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ ekoran larangan terhadap atlet Israel daripada menyertai pertandingan itu.

Semalam Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan membenarkan atlet renang paralimpik Israel memasuki negara ini bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak, Julai ini.

Beliau dipetik berkata, ini disebabkan Malaysia mempunyai dasar luar negara yang amat jelas terhadap Israel.

“Justeru, kerajaan akan tetap mengambil pendirian yang paling tegas dalam isu ini sebagai membantah pendudukan dan penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Ramai Tak Tahu, Tun Mahathir Pernah Menulis Surat Kepada 3 Perdana Menteri Israael Mengutuk Tindakan Israael Kepada Palestin

Umum mengetahui Tun Mahathir merupakan bekas perdana menteri Malaysia yang sangat disanjung oleh rakyat dari dahulu hingga kini.

Kepintaran dan ketegasannya dalam mentadbir negara Malaysia selama 22 tahun mencipta sejarah penting dan seterusnya membina kejayaan besar buat Malaysia.

Tun Dr Mahathir juga merupakan seorang yang peka dan prihatin dengan isu-isu yang berlaku di seluruh dunia termasuk isu yang melibatkan Islam antaranya penindasan Israael terhadap negara Palestin sejak kian lama.

Salam.my kongsikan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada 3 perdana menteri Israael yang membuat rakyat Malaysia kagum dengan keberaniaan beliau dalam bersuara mempertahankan hak negara Palestin yang ditindas.

Berikut ialah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israael iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993.

Benjamin Netanyahu pada tahun 1997 dan Ehud Barak pada tahun 1999 seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*